Welcome to my blog :)

rss

Tuesday, January 12, 2010

Kenapa ye?

Rasanya aku bakal tidak akan menulis di blog lama. Biarlah segala apa yang tercatat di situ terhenti tanpa isyarat atau tidak bernoktah. Aku tahu, kat blog tu dah ramai yang follow, dr kenalan dekat dan yang tak kenal langsung. Dan kat blog tu jugak aku tau, 2 'bekas' (aku tak suka guna perkataan ini ttp terpaksa) Golden Protector yang aku anggap sebagai abang selalu memantau dan meninjau. Dan aku tahu, sekarang ini mereka dah tak punya masa untuk buat sebarang operasi lagi. Tak punya masa atau sudah tak kisah. Aku tak tahu dan tak punya jawapan. Big Bro terus mendiamkan diri selepas bertukar gelanggang. Ah! Janji tinggal janji tetapi aku takkan menuntut apa2 darinya. Siapa aku? Bukan sapa2 untuk dirinya. Biarlah... Pokcik....Entah apa sebabnya dia terus pergi menjauh...seakan terus membuang aku dari hidupnya. Aku tak tahu apakah punca atau penyebabnya. Biarlah..aku kan bukan sapa-sapa.

Untuk bercakap soal terkilan, entahlah. Tapi aku rasa sedih bila ini yang terjadi. aku tak faham dan mereka sendiri tak pernah nak buat aku faham. Jadi rasanya sampai bila-bila aku takkan faham. Oklah...aku dah semakin meningkat dewasa. Selama ini aku banyak menjaga diri dan hati sendiri. Jadi....takpelah mereka dah tak perlu memantau aku lagi. Menjadikan aku sebagai adik. Tak perlulah menjadi pendamping aku lagi kerana kita semua sudah membawa haluan masing-masing. Biarlah. Aku bukan sapa-sapa....


0 comments:

Post a Comment