Welcome to my blog :)

rss

Wednesday, August 11, 2010

Hari pertama di bulan Ramadhan...

Salam....dah lama blog aku dibiarkan bersarang... Tadak citer menarik untuk dikongsikan bersama. Tambahan pula aku sibuk..sangat sibuk! Boleh dikatakan saban hari aku sibuk! Isyy...Apa nak jadik apabila ruang litup pergaulan sosial dan ruang rehat agak terhad, limit dan begitu...arghhh! makin sempit waktu ini.

Hari ini hari pertama di bulan Ramadhan. Alhamdulillah..syukur kerana aku dipertemukan sekali dengan Ramadhan. walau pun ada niat yang masih tertunggak dan tidak tertunai. Namun aku mahu meraikan dan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini selengkap yang mungkin. Biarpun kesabaran aku tergugat dek kesongehan satu client yang memeritkan dan meroyan! OMG! Biarlah malas nak layan.

Sehari dua ini..emmm..hati terdetik sesuatu. Aduhaiii...hati..jangan begini kalau tidak mahu disakiti. Sabar hati... Detik itu akan tiba.. cuma entahkan bila. Pasti ada takdir untuknya. Sabar ya....


Nota kaki : Asyik menikmati coklat Hersheys Kisses yg dikirimkan oleh adik daku, Izzianti, dari Perlis... (beli kat Langkawi...percutian underdog!)