Welcome to my blog :)

rss

Saturday, July 24, 2010

Hari ini...tercatat 1 sejarah

Setelah hampir 2 bulan buat perancangan & pesediaan. Setelah beberapa kali menukar tarikh. Akhirnya hari ini tertunai juga niat, hajat & impian untuk menganjurkan majlis Pelancaran Wajah baru REMAJA. Dan inilah event besar pertama buat aku semenjak mengendalikan REMAJA. Perasaan sangat mendebarkan! Bikin kecut perut. Kepala lutut longgar.

Bertempat di KL SENTRAL, akhirnya....

Awal pagi di sana...sumpah! Aku tak pernah menangis kerana Karangkraf! Kelakar bila difikirkan..tetapi inilah kenyataan! Aku menangis disebabkan tekanan. AKu mahu semua perfect! Dari segi persediaan dan kelancaran majlis. Bila ada perkara yang mengusarkan, dan membuatkan aku hangin satu badan...aku menangis. Itu pun masa Kak ida, iaitu mentor REMAJA call aku setelah aku SMS dia mengadu... Uwaa.. Aku nangis sebab REMAJA! sebab Karangkraf! Kerananya aku tidak mahu menganjurkan event yang kalut dan kelam kabut. Karangkraf dah beri kepercayaan dengan mengeluarkan sejumlah bajet, jadi aku mahukan event ini berjalan lancar!

Dan akhirnya..berkat restu Allah SWT dan atas dasar kerjasama semua krew yang terbabit,event ini berlangsung dengan lancar dan sukses! Alhamdulillah..syukur pada MU Ya Allah...

Terima kasih Team Remaja, team Promo, bosses, VIP (Zendra Azila -so beauty!, Kamal Adli & Fizo), colleagues, clients, guests, readers, friends, sponsors, DEWI REMAJA, celebrities, performance artist (ALIFF AZIZ, THE LIMA & TILU), emcee (ALIFF SATAR & JULIANA EVANS), and all of you... yes YOU!






Sunday, July 18, 2010

Akhirnya aku ada jugakkk!


Tadaaaa.... Now i'm Blackberry user! Akhirnya aku terpengaruh jugak selepas dipromote sakan oleh big boss aku, Fir.. Dia yang begitu beriya2 suruh aku beli BB ni... Sebenarnya aku tak pernah pakai handphone jenama lain selain dari Nokia. Ni ler 1st time aku guna jenama lain.. Tapi not bad lahhhh... Utk Bb ni jugak, aku sanggup tukar service provider dari Maxis ke Digi. Sebabnya pakej Maxis lebih mahal. Aku bukannya heavy user, so tak perlu spend a lot of money on that! Kalau Digi, pakej unlimited service for internet just RM68. kira affordable la.. servis pun ok.. so far, puas hati.. la ni dok terpikiaq nak top up aksesori.. tunggu gaji! Aku dah aimed capdase kaler purple!!! Atau pun paling ok pun, popmyberry la. cuma tak berkesempatan nak ke sana jer lagik sebab masalah parking.. hahaha...

Girls Nite! Chill out @The Ship, Damansara Utama

Wahhh... Lama gila blog ni bersawang, yelah takde benda nak dicoretkan. melainkan luahan hati mengenai kerja jer... (arghh! citer pasal kerja...membosankanlah!)

Sebenarnya tak tahu nak tulis pasal apa pun.. So saja la nak menempek pix aku n kengkawan Kaknamdoblas having our dinner last nite..

Aku, Zeekaa, Ina & Acha...

Dinner di The Ship...ramai gila.. Nasib baik ada tempat kosong, nak buat RSVP, tapi Bonda (orang kuat The Ship) kata tak payah.. So main redah jelah...

Masing-masing pilih Set dinner..ops sorry lupa nak mention. Sebenarnya ni sbb aku dapat voucher dari Bonda.. hahaha...

So lepak kat situ dari 8.30pm till 11pm! Biasalah kitorang kalau dah melepak memang lama! Sembang lebih.

Makanan kat sini...aku pilih set prawn with salmon...sedaplahhhh... cuma big potion so seperti biasa, aku tak habis! hahaha... bak kata Ina, setengah jer aku makan (eh udang aku kasik sapu bersih tau!).... Apa pun TERIMA KASIH BONDA LAN MANSOR! hehehe....



Nota Kaki : Zeekaa & Ina close fren aku dari zaman sekolah rendah. Acha tu member baik Ina.