Welcome to my blog :)

rss

Saturday, July 24, 2010

Hari ini...tercatat 1 sejarah

Setelah hampir 2 bulan buat perancangan & pesediaan. Setelah beberapa kali menukar tarikh. Akhirnya hari ini tertunai juga niat, hajat & impian untuk menganjurkan majlis Pelancaran Wajah baru REMAJA. Dan inilah event besar pertama buat aku semenjak mengendalikan REMAJA. Perasaan sangat mendebarkan! Bikin kecut perut. Kepala lutut longgar.

Bertempat di KL SENTRAL, akhirnya....

Awal pagi di sana...sumpah! Aku tak pernah menangis kerana Karangkraf! Kelakar bila difikirkan..tetapi inilah kenyataan! Aku menangis disebabkan tekanan. AKu mahu semua perfect! Dari segi persediaan dan kelancaran majlis. Bila ada perkara yang mengusarkan, dan membuatkan aku hangin satu badan...aku menangis. Itu pun masa Kak ida, iaitu mentor REMAJA call aku setelah aku SMS dia mengadu... Uwaa.. Aku nangis sebab REMAJA! sebab Karangkraf! Kerananya aku tidak mahu menganjurkan event yang kalut dan kelam kabut. Karangkraf dah beri kepercayaan dengan mengeluarkan sejumlah bajet, jadi aku mahukan event ini berjalan lancar!

Dan akhirnya..berkat restu Allah SWT dan atas dasar kerjasama semua krew yang terbabit,event ini berlangsung dengan lancar dan sukses! Alhamdulillah..syukur pada MU Ya Allah...

Terima kasih Team Remaja, team Promo, bosses, VIP (Zendra Azila -so beauty!, Kamal Adli & Fizo), colleagues, clients, guests, readers, friends, sponsors, DEWI REMAJA, celebrities, performance artist (ALIFF AZIZ, THE LIMA & TILU), emcee (ALIFF SATAR & JULIANA EVANS), and all of you... yes YOU!






0 comments:

Post a Comment