Welcome to my blog :)

rss

Saturday, January 16, 2010

Kenapa aku suka Tazmania?



Rasanya kawan-kawan rapat aku (keluarga aku lagik arrr..) tahu tahap fanatiknya aku terhadap TAZMANIA, watak kartun dari group Looney Tunes yang diilhamkan oleh Warner Bros . Nampak saja apa saja barang atau pun imej yang melibatkan Tazmania, aku jadi tak tentu arah. Akan beli mana-mana koleksi yang belum ada tak kira harga. Kenapa aku suka Tazmania ye?

Al Kisah yang bermula di tingkatan 3. Flash back...


Time tu -1995- aku ketua kelas 3 Hormat, iaitu kelas yang berada di ranking terakhir dalam tingkatan, di SMSSAAS. Aku new student selepas berpaling tadah dari SMKJ. Tapi terus dilantik sebagai ketua kelas. AKu memang agak strict dan garang, mungkin disebabkan pengalaman akus ebagai KETUA DISIPLIN di SMKJ. Tapi di 3 Hormat, aku xde extreme strict, kena gila-gila and sporting, kalau tak, memang kena boikot kot ngan classmate aku. Ok. Time tu plak citer Space Jam tengah hot in town. dalam citer tu ada TAZMANIA. Kalau tengok pada karakter Tazmania, suka kelam kabut, garang, cepat gelabah tapi berjiwa romantik. Chewah. Dan orang yang memberikan gelaran Tazmania pada aku ialah Azlin Abd Aziz, iaitu classmate aku merangkap crime scene partner aku. Dailognya lebih kurang camni, "Ko ni Aie, sebijik cam Tazmania. Kelam kabut, garang tapi jiwang!"...hahahah..ops! Aie? Hah! Itu nickname aku kat SMSSAAS. Semua orang kenal aku dgn nama itu. (Kalau kat SMKJ, cuma Dilla jer panggil aku ngan nama ni). So terlekat ler gelaran TAZMANIA itu..

Dan aku cukup tertarik dengan karakter TAZMANIA ni. Dah lah comel. Dan tak ramai pengikutnya (orang lebih ramai minat Garfield, Hello Kitty & Pooh). Aku ni plak memang jenis, lebih suka benda2 yg lain ni. Wakaka... Yang bestnya, masa besday aku yang ke 16 tahun, angah sponsor buat besday party dan kek aku..TAZMANIA. Nanti aku carik gambar and tempek kat sini. Dan aku jugak kerap dapat hadiah dari keluarga dan teman-teman rapat yang paham dengan kegilaan aku ni. waima pemberian itu kecil atau murah, bagi aku ia sudah cukup bermakna & buat aku excited giler!




So sampai sekarang terlekatlah kegilaan yang satu ini. Sampai anak-anak buah aku pun selalu cakap, "Mak Lang ni garang cam Tazmania.." hahahahha... dan aku pun selalu menggunakan TAZMANIA_LOVER sebagai nickname dalam kebanyakan urusan tak official.

Dan secara kesimpulannya...kenapa aku suka Tazmania?

1) Sebab dia cute.
2) Sebab karakter dia lebih kurang cam aku jugak.
3) Sebab tak ramai orang yang minat.
4) Banyak merchandise Tazmania agak sukar untuk di dapati..so kira eksklusiflah!
5) Dah memang aku suka TAZMANIA...so nak wat camner kan! Hahaha...


0 comments:

Post a Comment