Welcome to my blog :)

rss

Friday, January 1, 2010

Genap 22 tahun....

Assalamualaikum...

1 Januari 2010..bermakna genap 22 tahun keluarga aku jadi warga Kg Melayu Subang. Sebelum ni kitorang menetap kat shah alam. Dapat jer tanah kat sini (ayah aku dulu orang kuat UMNO), ayah terus buat rumah... Buat sendiri tau tanpa upah sesiapa... Mak banyak tolong ayah. Hasilnya setelah hampir setahun lebih , barulah umah ni siap. Inilah teratak kami.. 


Hasil titik peluh ayah &hasil kerja tangan dia. Imbas kembali masa rumah ini masih dalam pembinaan, (alamak ada gambar2 masa making of...nanti aku cari n tempek kat sini), masa tu umur aku dalam 6 tahun. Selalu jugaklah aku mengekor ayah & emak yang masa tu memang berhempas pulas menyiapkan rumah ni. Aku just tukang menyibuk jer. Rumah ini siap secara berperingkat. Masa tu yang siap cuma ruang tengah rumah, dapur, bilik air dan 1 bilik saja. Kemudian ayah tambah sikit demi sikit. Tambah ruang tamu dan 1 bilik. (Sekarang rumah aku dah renovate...so kira lagik better than previous lah). Ayah memang tak nak buat rumah batu dengan alasan rumah papan lebih nampak tradisi dan sejuk. Kira oklah janji dapat tempat berteduh.

Masa kami pindah ke sini, takde bekalan elektrik, just guna generator. Bekalan air pun tak ada...so guna jer air perigi & air hujan yang ditakung. Rasa dalam setahun lebih jugalah sebelum mendapat bekalan elektrik & air. Sebabnya kawasan rumah aku ni dulu hanya ada beberapa rumah saja di sekelilingnya. Kurang dari 5 dan kawasan ini dulunya kebun betik (itu sebabnya ia dulu dikenali sebagai kg betik). Dengan sebelah kawasan rumah masih hutan belukar (yang sekarang sudah dibangunkan dan dikenali sebagai Subang Perdana). Kedai terdekat nak pergi sudah tentu kat area pekan subang atau pun kedai mamak yang dekat dengan sekolah agama. Selalunya kalau nak pergi kedai, aku, along & angah just kayuh basikal saja. Ambik masa 15-20 minit untuk sampai. Time tu aku dan kakak-kakak masih bersekolah. Aku dalam darjah 2, along tingkatan 1 dan angah darjah 5. 7 bulan selepas pindah, baru adik aku, EG, lahir (8 tahun kemudian, adik bongsu kami, Ira, pula lahir).

Kalau ditanya, seronok ke duduk kat Kg Melayu Subang? Seronok jugaklah. Paling utama, ini merupakan harta kami sekeluarga! Itu yang pasti. Sudah bertahun-tahun duduk menyewa, akhirnya berjaya memiliki kediaman sendiri. Alhamdulillah, syukur pada hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya. Rumah ini juga menjadi saksi perkahwinan along-angah. Dan sekarang tempat berkumpul ayah-mak-anak-menantu-cucu-kucing. Banyak sebenarnya sweet-sour-bitter moment kat rumah ini. Tapi tak perlulah nak huraikan satu persatu. Cukuplah sekadar penghuninya yang tahu. Apa pun selama 22 tahun menjadi warga Kg Melayu Subang...seronok! Itu sajalah. sebenarnya banyak benda nak citer. Tapi....takde idea plak. Ahaks. Kalau ada nanti, bleh posting lain. OK.

0 comments:

Post a Comment