Laporan Minguan Malaysia 31/1/2010
Apabila cinta tiada lagi
Oleh NORAINI ABD. RAZAK
ORANG kata masa bercinta semuanya indah. Bila ditanya, pasangan kekasih pantas memberi ulasan. Kata-kata melankolik dan retorik menghiasi dunia percintaan. Ketika itu perkara remeh temeh tidak dihiraukan. Kalau dimarahi kerana terlewat atau terlupa, tidak mengapa.
Sedikit rasa marah terubat dengan pujuk rayu. Di awal percintaan, pasangan kekasih sanggup sehidup semati. Segala sifat buruk disimpan rapi. Yang ditampilkan semuanya yang baik-baik. Makan penuh beradab, tutur kata penuh tertib, penampilan pula sentiasa kemas dan kelihatan cantik atau segak.
Segala rahsia percintaan disimpan berbunga di dalam hati. Jika ada yang bertanya akan terpacul susunan ayat seperti ini. Kami serasi, saya telah bertemu pasangan hidup, dia seorang yang penyayang, penyabar dan pelbagai lagi. Tidak ada kata-kata nista semasa bercinta. Yang ada hanya kata-kata pujian dan ayat-ayat cinta yang mampu mencairkan perasaan. Masa bercinta juga sarat dengan taburan janji.
Sanggup meredah lautan api, jika si kekasih mahu menikmati secangkir kopi, biar pun hujan lebat sanggup saja dituruti. Janji diukir umpama memahat pokok getah tanpa memikirkan kesannya akan kekal di situ selagi pokoknya tidak tumbang.Semuanya boleh dilaksanakan. Tiada yang tidak boleh, tiada yang mustahil, tiada juga halangan. Taburan janji umpama butiran pasir di pantai - tanpa disedari akan ada ombak yang datang membawa bersama pasir-pasir itu.
Boleh saja dikatakan orang bercinta umpama lupa kepada dunia realiti. Lupa, bahawa bukan semua percintaan akan berakhir di gerbang perkahwinan, dan tidak semua perkahwinan akan kekal selamanya.
Sebab itu apabila kasih mula menghambar dan cinta semakin pudar, ada pasangan kekasih lupa rutin semasa bercinta. Segala rasa sayang sekelip mata bertukar benci. Semua janji terlerai tanpa ada satu pun yang melekat di hati. Yang dulu serasi bertukar benci, kalau dulu sangat memahami kini semuanya tidak dimengerti.
Lebih memedihkan pasangan bercinta hanya sedar tentang realiti apabila putus cinta. Semua perangai buruk yang ketika bercinta boleh ditolak tepi muncul satu persatu menambah sakit hati. Keadaan itu berlaku terutamanya apabila bekas kekasih ada pasangan baru. Kalau dulu pasangan kekasih mahu berkongsi keceriaan dan keindahan bercinta dengan dunia, kini sebaliknya.
Segala sifat buruk bekas kekasih tidak lagi bertakhta di hati. Semuanya didedahkan, tanpa ada rasa bersalah dan tidak diketahui apa matlamatnya. Mungkin tidak mahu orang lain jatuh hati kepada bekas kekasih atau sebagai peringatan kepada bakal kekasih agar berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa seterusnya.
Ketika itu tidak timbul lagi soal menjaga hati. Sedangkan sepatutnya apa pun yang terjadi - sama ada bahagia atau derita di penghujung kisah cinta - tidak boleh dijadikan alasan untuk berpaling tadah. Bukan juga alasan untuk memburuk-burukkan pasangan apatah lagi menerusi media yang menjadi tumpuan umum.
Hakikat masam dan manis percintaan mesti diterima. Mendedahkan keaiban bekas pasangan bukan kaedah terbaik untuk memadamkan kisah cinta yang sebelum itu disulam indah. Ia juga tidak akan membantu memperbaiki hubungan yang telah terputus sebaliknya akan menambah buruk keadaan. Jika cinta tiada lagi, maka biarkan ia berlaku pergi. Jangan diungkit segala sakit hati dan cuba mendedahkan keaiban bekas kekasih. Natijahnya tidak mustahil satu hari nanti keburukan diri sendiri akan tersebar luas. Bercinta untuk bahagia, tetapi tidak bercinta pun belum tentu tidak bahagia. Ini kerana cinta membawa maksud yang sangat luas. Dan kebanyakan cinta tidak bertahan lama. Ada jodoh menjadi penentunya dan ada ajal yang menjadi pemisah. Justeru hakikat cinta mesti diterima. Jika kita sedia untuk bercinta maka kita mesti bersiap. Bersiap untuk hanyut dalam keindahan bercinta, mengharungi segala rasa sakit hati dan membendung rasa benci.
Seronok ke dilamun cinta? Mungkin seronok berbanding dengan perasaan sepi. Kadangkala seronok bila bercinta, tetapi ada ketika sengsara. Argh! Itu senario cinta namanya. Cinta bagi aku? Emmmm.... Aku belum merasai CINTA yang sebenarnya...Atau dalam erti kata yang lain, Cinta Sejati...MUngkinkah ada cinta sejati untuk aku? Jawapannya ada pada Yang Maha Esa.
Aku dikelilingi kawan-kawan yang tak terlepas dari masalah cinta. Ada yang berjaya memeterai hubungan dengan ikatan perkahwinan dan ada yang kecundang. Semalam teman aku sejak zaman kanak-kanak ribena, Zeeka-Dicky yang aku kenali seawal usia 11 tahun (Dicky dari umur 10 tahun), melangsungkan perkahwinan. Dan mereka mengharapkan kawan-kawan rapat termasuk aku menyaksikan sejarah dan dunia baru yang tercipta. Alhamdulillah, biar pun keadaan aku masih belum sembuh, dengan bertongkat, aku gagahkan diri menghadiri majlis persandingan mereka berdua...(Nasib baik ada angles yang sudi membantu dan menjaga...sapa lagik kalau bukan Faiz, Fazilah, Ina dan ops...Ali pun termasuk gak lah). Aku gembira dan teruja bila masa BFF aku ni akhirnya bergelar suami isteri. Aku doakan semoga perkahwinan mereka berkekalan dan bahagia selama-lamanya.
Itu kisah suka. Duka? Ada juga seseorang yang bercerita dengan aku biar pun tidka begitu detail. Dia sudah bertunang tetapi disaat akhir sebelum diijab kabulkan, tunangnya memutuskan perhubungan. Kini bekas tunangnya telah bercerai dan mula mahu dirinya kembali... Begitulah pulak.
Ada kawan aku pulak....emmmm....pernah mengukir janji setia dengan seorang wanita yang merupakan skoolmate zaman sekolah rendah (tapi dorang x kenal each other cuma kenal masa reunion lepas raya last year). Baru sekali berjumpa, keesokannya terus keluar dating dan mulalah kasih tercipta. dalam 2 minggu kemudian, kawan lelaki aku ni yang bekerja di oversea terpaksa pulang ke negara berkenaan. Dengan harapan dan ikatan janji akan memeterai ikatan pertunangan sehari sebelum krismas. Namun..takdir menentukan mereka bukan tercipta untuk bersama. Tiga hari sebelum bertunang, hubungan terlerai atas permintaan teman wanita tanpa alasan yang kukuh. Namun redhalah... Emm..payahkan!
Ada seorang kawan baik aku ni pulak, telah bercinta 8 tahun tapi sampai la ni, hubungan macam itu jugak. entah apakah pengakhirannya episod cinta mereka. Si lelaki memberi alasan masih belum bersedia walhal umur sudah pertengahan 30an...adoiii ni satu lagi masalah cinta yang sukar untuk ditafsirkan.
Aku sendiri sudah terlalu banyak menyimpan kisah cinta orang lain terutamanya kawan terdekat dan terapat. MAcam dah boleh buat arkib! Dan kisah-kisah cinta ini menjadi pengajaran buat aku juga, mana yang positif aku simpan dan implikasikan. Yang negatif, jadikkan pengajaran dan peringatan.
Kisah cinta aku sendiri? Emmm..sukar untuk di tafsirkan juga. Banyak kisah duka berbanding suka. Entahlah...
Sunday, January 31, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment