Welcome to my blog :)

rss

Sunday, January 31, 2010

Jodoh....Itu urusan Yang Maha Esa...



Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..

Dia datangkan petir dan kilat..

kita menangis dan tertanya-tanya,

kemana hilangnya sinar..

Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

 
`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas

kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang

lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

 

Apabila CInta Tiada Lagi...

Laporan Minguan Malaysia 31/1/2010


Apabila cinta tiada lagi



Oleh NORAINI ABD. RAZAK


ORANG kata masa bercinta semuanya indah. Bila ditanya, pasangan kekasih pantas memberi ulasan. Kata-kata melankolik dan retorik menghiasi dunia percintaan. Ketika itu perkara remeh temeh tidak dihiraukan. Kalau dimarahi kerana terlewat atau terlupa, tidak mengapa.


Sedikit rasa marah terubat dengan pujuk rayu. Di awal percintaan, pasangan kekasih sanggup sehidup semati. Segala sifat buruk disimpan rapi. Yang ditampilkan semuanya yang baik-baik. Makan penuh beradab, tutur kata penuh tertib, penampilan pula sentiasa kemas dan kelihatan cantik atau segak.


Segala rahsia percintaan disimpan berbunga di dalam hati. Jika ada yang bertanya akan terpacul susunan ayat seperti ini. Kami serasi, saya telah bertemu pasangan hidup, dia seorang yang penyayang, penyabar dan pelbagai lagi. Tidak ada kata-kata nista semasa bercinta. Yang ada hanya kata-kata pujian dan ayat-ayat cinta yang mampu mencairkan perasaan. Masa bercinta juga sarat dengan taburan janji.


Sanggup meredah lautan api, jika si kekasih mahu menikmati secangkir kopi, biar pun hujan lebat sanggup saja dituruti. Janji diukir umpama memahat pokok getah tanpa memikirkan kesannya akan kekal di situ selagi pokoknya tidak tumbang.Semuanya boleh dilaksanakan. Tiada yang tidak boleh, tiada yang mustahil, tiada juga halangan. Taburan janji umpama butiran pasir di pantai - tanpa disedari akan ada ombak yang datang membawa bersama pasir-pasir itu.


Boleh saja dikatakan orang bercinta umpama lupa kepada dunia realiti. Lupa, bahawa bukan semua percintaan akan berakhir di gerbang perkahwinan, dan tidak semua perkahwinan akan kekal selamanya.
Sebab itu apabila kasih mula menghambar dan cinta semakin pudar, ada pasangan kekasih lupa rutin semasa bercinta. Segala rasa sayang sekelip mata bertukar benci. Semua janji terlerai tanpa ada satu pun yang melekat di hati. Yang dulu serasi bertukar benci, kalau dulu sangat memahami kini semuanya tidak dimengerti.


Lebih memedihkan pasangan bercinta hanya sedar tentang realiti apabila putus cinta. Semua perangai buruk yang ketika bercinta boleh ditolak tepi muncul satu persatu menambah sakit hati. Keadaan itu berlaku terutamanya apabila bekas kekasih ada pasangan baru. Kalau dulu pasangan kekasih mahu berkongsi keceriaan dan keindahan bercinta dengan dunia, kini sebaliknya.


Segala sifat buruk bekas kekasih tidak lagi bertakhta di hati. Semuanya didedahkan, tanpa ada rasa bersalah dan tidak diketahui apa matlamatnya. Mungkin tidak mahu orang lain jatuh hati kepada bekas kekasih atau sebagai peringatan kepada bakal kekasih agar berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa seterusnya.


Ketika itu tidak timbul lagi soal menjaga hati. Sedangkan sepatutnya apa pun yang terjadi - sama ada bahagia atau derita di penghujung kisah cinta - tidak boleh dijadikan alasan untuk berpaling tadah. Bukan juga alasan untuk memburuk-burukkan pasangan apatah lagi menerusi media yang menjadi tumpuan umum.


Hakikat masam dan manis percintaan mesti diterima. Mendedahkan keaiban bekas pasangan bukan kaedah terbaik untuk memadamkan kisah cinta yang sebelum itu disulam indah. Ia juga tidak akan membantu memperbaiki hubungan yang telah terputus sebaliknya akan menambah buruk keadaan. Jika cinta tiada lagi, maka biarkan ia berlaku pergi. Jangan diungkit segala sakit hati dan cuba mendedahkan keaiban bekas kekasih. Natijahnya tidak mustahil satu hari nanti keburukan diri sendiri akan tersebar luas. Bercinta untuk bahagia, tetapi tidak bercinta pun belum tentu tidak bahagia. Ini kerana cinta membawa maksud yang sangat luas. Dan kebanyakan cinta tidak bertahan lama. Ada jodoh menjadi penentunya dan ada ajal yang menjadi pemisah. Justeru hakikat cinta mesti diterima. Jika kita sedia untuk bercinta maka kita mesti bersiap. Bersiap untuk hanyut dalam keindahan bercinta, mengharungi segala rasa sakit hati dan membendung rasa benci.


Seronok ke dilamun cinta? Mungkin seronok berbanding dengan perasaan sepi. Kadangkala seronok bila bercinta, tetapi ada ketika sengsara. Argh! Itu senario cinta namanya. Cinta bagi aku? Emmmm.... Aku belum merasai CINTA yang sebenarnya...Atau dalam erti kata yang lain, Cinta Sejati...MUngkinkah ada cinta sejati untuk aku? Jawapannya ada pada Yang Maha Esa.

Lelaki Melayu Tidak Romantik?

Laporan Mingguan Utusan 31/01/10

Lelaki Melayu tidak romantik?


Oleh NORAINI ABD. RAZAK


LELAKI Melayu tidak romantik? Pasti ada yang bersetuju dan sebaliknya. Persoalan ini bukan baru. Ketika pekerja asing terutama dari Bangladesh dan Pakistan berduyun-duyun masuk ke Malaysia, isu ini hangat diperkatakan.


Khabarnya gadis tempatan berpinar mata untuk membuat pilihan.


Selain kelihatan segak, bergaya - lelaki asing dikatakan ada faktor ekstra iaitu romantik. Tidak kurang juga memilih lelaki dari negara sempadan. Sampai sanggup buang emak, buang saudara semata-mata mahu mengikat kasih dengan lelaki bukan Melayu.


Bagaimanapun pula lelaki bukan Melayu tempatan. Lelaki berbangsa Cina, India? Romantikkah mereka berbanding kaum sejenis tetapi berketurunan Melayu?


Bertambahkah angka perkahwinan campur antara gadis Melayu dan lelaki bukan Melayu? Jika meningkat mungkin boleh dijadikan fakta sokongan bahawa lelaki bukan Melayu memang romantik. Sebab itu agaknya mereka berjaya menambat hati gadis Melayu.


Istilah romantik pun bukan lahir dalam masyarakat Melayu. Ia istilah bahasa Inggeris, yang jika dirujuk kepada kamus diterjemahkan menjadi romantis. Tidak ada penjelasan lanjut perihal romantis.


Justeru romantik atau romantis itu sifat sebenarnya sangat subjektif. Boleh jadi ia gabungan sifat penyayang dan mengambil berat. Atau ada elemen membeli jiwa yang keterlaluan - bak kata anak-anak muda sekarang ini tangkap lentok, tangkap leleh.


Ada juga mengaitkan romantik dengan sikap mengambil berat bagi perkara yang dianggap oleh lelaki Melayu remeh-temeh. Misalnya sanggup bangun memberi tempat duduk kepada wanita. Maknanya ada elemen baik hati dalam romantik.


Lelaki Melayu tidak kisah benda remeh-temeh. Untuk bangun memberi laluan atau tempat duduk sememangnya bukan perkara yang gemar dilakukan oleh lelaki Melayu.


Bukan juga amalan lelaki bukan Melayu tempatan. Justeru jika dikatakan lelaki Melayu tidak romantik mengambil kira keprihatinan perkara remeh-temeh, memang ada benarnya. Tetapi bukan lelaki Melayu saja. Pendek kata semua lelaki tempatan bersifat begitu.


Itu belum lagi disentuh bab mengingati tarikh-tarikh penting seperti hari jadi, ulang tahun perkahwinan, tarikh bertemu yang bagi wanita atau gadis sangat penting. Memang bagi wanita semua tarikh penting, malangnya tidak bagi lelaki


Sebab itu ada lelaki Melayu menghantar sejambak bunga dua hari sebelum ulang tahun kelahiran isteri atau teman wanitanya. Bila ditanya untuk apa bunga itu, dia baru tersedar dan memberi alasan kononnya kejutan pra hari jadi. Itulah lelaki Melayu. Bukan saja tidak romantik, tetapi golongan itu juga selamba dan dikatakan bijak membuat alasan.


Kesemua itu bertujuan menutup kesalahan dan kelemahan yang amat ketara iaitu tidak romantik.


Ada juga berpendapat, lelaki tempatan terutamanya Melayu romantik berkala. Ada masa tertentu alahai romantiknya dia. Apabila taufan melanda, hilang romantik - tanggung sajalah padahnya.


Popular


Bercakap mengenai lelaki warga asing romantik, perlu dilihat juga sejauh mana benarnya rumusan itu. Lelaki asing menumpang di negara ini. Semestinya mereka mahu mengambil hati semua orang. Lebih-lebih lagi hati anak gadis. Kadang-kadang jiwa isteri orang pun cuba dibelinya. Untuk menjadi ‘popular’ di negara orang, maka antara yang perlu ditonjolkan adalah sifat romantik.


Sebab itu apabila hutang karpet tidak dibayar, jawab penjual karpet warga asing dengan nada romantik : ‘‘Tidak apa, lain hari saya datang boleh bayar.’’


Semestinya romantik itu untuk membeli hati atau dengan ayat yang lebih tepat mahu jaga kepentingan diri agar diterima masyarakat setempat. Lebih daripada itu dapat memikat gadis tempatan. Selesai kasih terjalin dan hubungan dipateri dengan ikatan perkahwinan, romantik ke mana ambil berat pun melayang nun di sana.


Lebih malang lagi ramai gadis ditinggalkan begitu saja. Umpama habis madu sepah dibuang. Sifat romantik lelaki dijaja pula ke tempat lain atau kembali ke negara sendiri. Ketika itu menjelmalah sifat sebenar lelaki - tidak kira sama ada warga asing, Melayu atau bukan Melayu.


Apa sifat sebenar itu? Sememangnya lelaki Melayu tidak romantik. Rakan sekerja - lelaki - membuat pengakuan jujur bahawa lelaki memang tidak romantik. Sempat dan selamba dia menambah: ‘‘Bukan saja tidak romantik, lelaki boleh saja dikatakan gatal!’’


Tidak ada rasa bersalah sedikit pun lelaki itu membuat pengakuan. Jika lelaki sendiri mengaku sedemikian, maka apa lagi yang boleh dirumuskan oleh wanita. Tidak kira tempatan atau asing - itulah lelaki. Paling ketara, lelaki tidak suka perkara remeh-temeh. Apa saja berkaitan remeh-temeh diserahkan kepada wanita.


Lelaki tidak betah melakukan perkara kecil-kecil, lantas wanita diberi tugas sedemikian. Sedangkan bagi wanita tiada benda di dunia ini remeh-temeh. Semuanya penting dan mesti diberi keutamaan. Sebab itu wanita mampu mengingati tarikh, sering mengalah dan sarat dengan kemaafan.


Biarpun lelaki mendabik dada bersikap sama rata dan menghormati wanita, namun dalam kebanyakan hal tidak begitu. Lelaki masih berselindung di sebalik ego dan bertindak secara ‘tersurat’ tidak membenarkan wanita menandingi mereka.


Romantik


Lelaki juga terlalu mengutamakan ego, jauh menidakkan lagi kenyataan kononnya golongan itu romantik. Lantaran ego juga adakalanya lelaki tidak kisah kehilangan atau melepaskan miliknya. Lantaran ego itu juga adakalanya lelaki ‘menggantung’ pasangan hidupnya.


Tuhan mengatur lelaki dan wanita berpasangan, tetapi Tuhan tidak menetapkan lelaki itu lebih mulia dari wanita semata-mata sehingga melayakkan mereka mengetepikan hak wanita itu sendiri.


Biar tidak romantik, lelaki sepatutnya ada rasa hormat terhadap wanita. Wanita bukan tempat dilontarkan kata-kata yang sarat dengan ‘maksud berlapik’. Lantaran lelaki mesti ingat, dalam hidup mereka ada ibu yang melahirkan mereka ke dunia - ibu itu ialah wanita. Justeru romantik bukan kriteria penting untuk wanita memilih lelaki, ada yang lebih daripada itu - sikap menghormati.

Wednesday, January 27, 2010

Kerna Allah sayang aku

"...dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia dalam surah Al Anbiyaa' 21:83 Allah berfirman..dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang."

Titipan dari Qobin...dia baru tahu keadaan aku... katanya, " ini semua kerana Allah sayang akak"..Thx dik.....

Tuesday, January 26, 2010

Tak suka nak menyusahkan sesiapa....

Aku menulis kali ini dengan perasaan yang entah apa-apa entah. Ekoran percakaran yakni pertelingkahan dengan seseorang yang sedarah dengan aku. Ya, membuat pertuduhan melulu dengan mengatakan aku kurang respect apabila aku meletakkan perkataan 'budak' yang bagi aku cuma perkataan common atau keterbiasaan buat pekerjaan aku. Di mana terma respect bagi dirinya sendiri? Aku tak tahu. Apa yang aku tahu, dia cuma menterjemahnya sebagai satu perkataan yang tidak berhemah, lantas berlaku perang dingin sekali lagi. Ya, aku mengaku perang dingin antara aku dengan dia kerap kali tercetus sejak dia mendirikan rumah tangga. Di mana silapnya? Aku tak tahu.

Perasaan amarah yang aku rasa aku boleh mengawalnya tetapi sering kali disalah ertikan. Kenal atau tidak? Tak perlu hendak membuat pertuduhan melulu atau jump into conclusion. Kalau tak tahu, baik bertanya dari terus menerus buat syak wasangka yang bukan-bukan. Sedih.

Aku hormat dia. Tapi bila berlaku hal sedemikian, adakah dia memahami aku? Tidak. Seperti mana aku memang tak memahami dia atau pun kurang 'mengenali' dia biar pun sudah hidup nak masuk 30 tahun ini. Banyak perkara sudah berubah bukan?

Kita boleh diberi nasihat andai betul caranya, Kita boleh mendengar nasihat jika ia relevan dan sesuai penyampaiannya, Tak perlu nak menuding jari pun. Lagi pun perkara sebegini pasti aku tak punya sokongan dari orang dalam kompaun yang sama, melainkan orang yang betul=betul paham dengan aku. Ntah, Aku tak nak seret sesapa pun. Biarlah...biarkan...nanti lama-lama OK lah balik. Yang penting, aku nekad tak nak menyusahkan dia & teman sekatilnya. Hal sendiri, urus sendiri.

Kalau boleh aku memang tak nak menyusahkan sesiapa. Waima dalam keadaan aku sekarang yang kurang sempurna. Tetapi sebolehnya aku nak buat sendiri urusan aku. Hanya 1 alasan..aku tak nak menyusahkan sesiapa. Aku duduk kat hospital pun, aku tak harapkan ada orang yang temankan aku. Biarpun aku terlentang kat toilet sebab gagal imbangkan badan, tapi aku steady jer. Biar pun aku sukar nak tukar banu, apatah lagi nak mandi atau keperluan lain. Aku gagahkan diri buat sendiri. Sebab aku terfikir, orang yang betul-betul kurang upaya yakni tak sempurna anggota badan pun boleh berdikari, Apatah lagi aku yang cuma hilang upaya sementara ini. Sedangkan aku memang nak balik rumah sendiri dengan teksi lagi tu. Jadi tak perlu nak menyusahkan sesiapakan.....

Aku masih bersyukur dengan kurniaan Allah. Dan aku belajar dari kekurangan ini...

Nota kaki : Pelikkan, kengkadang orang yang lebih tua ni rasa dirinya sudah terlebih makan garam.

Sunday, January 24, 2010

Home sweet home...finally!

Day 6 @ TMC...9am pegi fisio...wat latihan kaki..uhuks.


Ni latihan jongkang jongkit namanya..hehehe..

Then 10am Dr.Soong datang jenguk, wat dressing and he ask me...."U want to stay here or go home?"....secara sepantas kilat aku jawa, "Go home!"...dia gelak....dia kata ok tapi 28/1 ni aku kena check up...So sekali lagi (dah banyak kali sebenarnya) dia remind aku supaya jangan berjalan (tanpa tongkat). restkan kaki. buat exercise kaki dan dia nak tengok good news dalam masa 4-6 week... mungkin aku akan kena wat MRI lagik (kena admitted 1 malam arr jawabnya) untuk result... Ok..bla..bla..bla..settle secara urusan...

Sayonara PEARL WARD...nurse2 dia baik gila...May GOD bless u all!



HOME SWEET HOME...

Dan tergambar wajah gumbira mak ayah bila tengok aku balik...hehehe....dan mak bagik warning keras "Hah! Jangan nak berjalan2, nak apa cakap kat mak..." Ni lah masa nak bermanja! Chewaaahhh (Ijot, ko jgn jeles ek....hahahaha)...Ayah pun sempat practice tongkat aku, dia ckp teknik aku bertongkat salah...hahahaha...melompat2 katanya...uhuks.

Seronok bila dah balik kat rumah....Tiger pun rindu kat aku...dia melekat jer kat umah..hehehe..ok....6 week on MC...apa mau bikin? Jeng..jenggg...jengggggg!

Hopefully sharp 4-6 week (aku harapkan 4 week jer) aku fully recover...tak fully pun at least 80% recover untuk aku lenjan big project this upcoming march...ops tak bleh reveal skg..tunggguuuu......




Nota Kaki : Kawan? Kawan ek...emmm....Biar aku mengomel dalam hati sajalah....Hanya aku & Allah saja yang tahu...

Friday, January 22, 2010

Day 5 @TMC....meh blaja catwalk guna tongkat!

Adeiii bila tak bleh bangun dari katil....semua 'urusan' atas katil..sangat merimaskan. Nurse cakap, tunggu aku pi fisioterapi, baru bleh bangun....leceh tul...dah tu terasa agak sakit sikit, terus kena makan pain killer...






Kaki kena bungkus ngan wap ais untuk kurangkan bengkak & rasa sakit.



Adeiii..benda ni lagik sakit dr kaki... nasib baik masuk 1 botol air jer.


Kol 9.30am, ahli fisio, Shashi, ambil aku kat wad terus bawak ke rehab centre.. 1st, kena exercise kaki...goyang kiri kanan..depan blakang...atas kaki diletakkan ais...

Then seorang lagi ahli fisio, Brendan, ajar aku catwalk guna tongkat....memula kena carik tongkat yang sesuai ngan saiz aku...ahahaha...

Tadddaaa.....my new 'leg' siap belajar kaki neraka & kaki syurga. hahaha..


Abis saja fisio, melepak laaah atas katil lagik..tp aku dh boleh pi sendiri toilet...guna tongkat arr... takde arr nyusahkan nurse2 lagik..cian dorang...ni ngah pikiaq, camner aku nak mandi! nak syampu rambut lagik..uwaaaa....

Dinner at 6.30pm..ntah apa ler pilihan aku utk dinner ni....western konon..cet...tadak nasi mmg silap besar! Dah ler lunch x makan nasi..sabaq perut! coklat cadburry ada lagik kalau lapar..




Kol 7.00pm, Dr.Soong jenguk..."How is your leg?".....Cam biasa aku jawab, "Ok doctor...." lemau jer jawab..then dia bukak bandage....jeng..jengg..jengg..ni ler hasil tebukan kan ankle aku...adeiiii...


Eiii...aku yg seriau!... "No need to bandage anymore, i''ll see u again tomorrow.. if nothing more serious and u get better, u can discharge 1-2 day more..."said Dr.Soong...

Orait! Skg mmg pikir nak balik! Dan ngah pikir camner nak uruskan diri...mandi...etc...elehhh..small matter arrr...u can do it lah izwa...adeii sejuk...hujannnnnn....

Thursday, January 21, 2010

Day 4 @ TMC : Berdebar-debar....masa menginjak terlalu pantas

Kol 6.30am kena kejut utk sahur...and then kena puasa..so just take lite meal..sandwish...




Then pas mandi, sempat jenjalan pi 7E..terus snap pic ward kanak-kanak yg aku tercampak masuk..hahaha..tadaaaa....comel kan! 




Around 10am...Dr.Khoo yang comel lote melawat aku.. AKu tatau dia doktor bahagian mana but i guess...surgery kot...dia terangkan lebih lanjut mengenai prosedur surgery, siap tanya aku pilihan sama ada nak bius (tidur) atau nak dalam keadaan separuh sedar. so aku decide..bius terus sebab aku tak nak tengok proses surgery melalui skrin... uwaaa..tak nak. Then Dr.Khoo terangkan proses untuk aku bius plak yg akhirnya aku jawab sendiri..part akhir, "Then last must be oxygen rite" terus Dr.Khoo gelak and cakap, "Must be from Grey Anatomy rite?"...isyyy, nak jer aku jawab, "No, Doc but from ER!"...tapi aku tak jawab cuma tergelak jer..dia sambung lagi, "After u wake up, take a pain killer, don't wait until u feel bad pain..." alamak! ni yang aku lomah ni, sebab rasa sakit n kena makan ubat! tetiba aku terasa kaki aku sakit..uwaaa...leher sakit sebab asyik dok bersandar, check temperature, agak tinggi...ceh tetiba plak demam...low blood pressure as usual. tapi dr.koo cakap, low blood ni ok....kalau high blood x bleh operate. (akhirnya aku dapat tahu..dr.khoo ni pakar bius..ok...)

Then nurse hantar baju untuk surgery...makk aiii kena take off semua including bra and underwear...pehhh! seksi yang sangat seksa... "By 1pm, make sure u standby ok...take off everything..."...

Sekarang ni aku alone jer...nobody accompany me....memang aku yang request kat family aku jangan tunggu..tak yah tunggu sebab takut lama pulak... tp sebenarnya...dalam erti kata yang lain, aku tak nak menyusahkan sesiapa! aku kan lone ranger dah terbiasa dengan keadaan ni...independent! sangat! so nothing lah....

Aku tak alone bila presiden Kak Nam Doblas, Madam Zeeka dtg menjenguk temankan aku sampai aku masuk operation theater (OT).... punye ler dia gelak tgk wad kanak2 aku ni..hahahah..apa pun thx babe sebab temankan aku....uhuks...


Say cheeseee...


Apa daaa..gambar aku nganga zeeka pi ambik...ops..ni aku ngah sembang ngan nurse..hehehe...


ok sign sini ek..nak simpan barang2 peribadi kat nurse...



Cik puan (bakal menamatkan zaman bujang next week) Zeeka ngah mengetest kamera digital baru yang sepatutnya berada di atas dulang hantaran...kuakuakua...

Jam 1.30pm...nurse bawak aku ke bilik OT...dup dap..dup dap....Dr Soong n Dr Khoo dah tunggu kat bawah tu...sempat lah dorang usik2 aku...adeii..before dibius, check BP skali lagi (hari ni byk kali kena check BP...). selalunya BP aku low....around 92..plg rendah pun 70..masuk je OT, BP aku jdk 124...Dr Koo ckp agak tinggi utk org normal cam aku..mean yang takde high blood...."R u nervous my dear?"She said...and my answer..."Yes doc, really..really nervous..." then pass bius, kasik oxygen, aku terus 'padam'....zzzzzzzz....

Dlm 4pm, aku baru start sedar sket2..tu masih dlm keadaan mamai...x bleh bukak mata...tp dgr plak nurse ckp 4pm...uhuks... Then bawak masuk ward balik....dlm keadaan ngah mamai n pening, family aku dtg....



Adik aku, Ira, yang snap pic aku dlm mamai ni....



kasik close up skett...... atas kepala tu kain basah..sbb aku sakit kepala plak..

tp dlm kol 6pm aku dh ok dari mamai...baru terasa lapar...memula rasa mual jer...ni dah kebulur tahap gaban..so makan arr..spagetthi...best..best...tp x abis..

yummmmy...



mak yang tunggu aku sampai malam...



Ni kaki aku....tp x bleh tgk dlm arr sbb di bandage....

Wednesday, January 20, 2010

DAY 3 @ TMC...

Malam tadik....aku naik angin ngan ah soh merangkap roomate aku ni... jam 10.30pm aku dh tarik selimut...dia pun dh berbungkus tetiba ada member dia dtg... dah depa pakat gebang till 12.30am..mau aku x naik angin.... x respect langsung....terus aku kuar bilik pi kaunter n ngadu kat nurse...nurse terkejut sbb dia xtau ah soh tu ada visitor...terus kena balik...sbb waktu melawat till 10pm jer... pas nyonya lorat tu balik, baru aku bleh tidoq ngan aman. Ah soh tu mmg hampeh giler...sudah arr suka buang angin kuat...pastu main selamba sidai underwear dlm toilet..dia tatau ke toilet tu sharing? haram jadah betoii..nasib baik dia dh discharge pagi tadik..aman hidup aku...

Ok apa xtvt aku hari ni? Cam 2 hari lepas...ngadap TV + internet....nak membongkang tengahari, mata tak bleh lelap plak. Isyy pelik..kalau kat umah, sure dah terbongkang elok jer pas Zuhur.. Ni langsung x bleh lelap... emmmm...

Petang, my BFF-HAZLENNY- datang bersama coklat Cadburry, dia mmg tau aku suka coklat masa tension...ahaks...So dia lepak sampai kol 8pm... Suppose dia nak temankan aku sok, tapi disebabkan Amir (probably mamat ni dtg), terus dia cancel..kuakuakua...alamak beb! apa salahnya dedua teman kan aku..dari mak ayah aku teman kan, aku takot aku nangis jer..hahahah..biasak arr aku kan sensitip! hahahahah....



-Yummy!-THX BEB!



-This is my loyal and adorable BFF..single & available!Hehehe-

So around 8.30pm, aku dah ada roomate baru...Benggali! kuakuakua..tatau muda ke tua.... adeiii...takdak Melayu ke? isy bukan nak racist....tp lebih comfort kot....takpelah...asal dia x kacau aku sudeyyy!

Sok kena puasa..ops...puasa tapi dorang akan kasik breakfast jam 7am...after that, i cannot eat till an operation is done.....isyy...berdebar2 plak...dup dap...dup dappppppp...kebaaabooommm!

Tuesday, January 19, 2010

Kasik cuci mata + cuci otak + cuci hati!

Tetiba aku cam pening plak...blur..blank...mental block sampai xde ide nak type story..(Ada 2 story lagik aku hutang utk MAC2010 ni).. So apa kata meh layan jaaaaapp...ni lah hasil kesangapan aku kat wad! Hahaha...


-Dennis Joseph ONeil-



-Jericho Rosales- (mak aku ckp..ni ex boipren dia...)




-Ming Dao- (Mak aku ckp lagi ni boipren dia..kahkahkah)



-Won Bin-



-Jason Ackles-




-Jared Padalecki-


Ankle arthroscopy...mungkinkah?

Tadik Dr.Soong just cakap nak scope kaki aku...tapi dia tak terangkan secara detail. Mungkin dia tau aku takkan paham...aparaaa doktor ni..cakap jelah.... Ni tak pasal2 kena carik sendiri kat Internet. Ankle arthroscopy..kemungkinan besar (90%) aku akan 'diperlakukan' pembedahan camni... Yelah dari terus sakitkan....better do something. Cam yang aku cakap kat Dr.Soong tadik, "Please do something doc...do the best to cure my leg.. Do it ASAP coz i've major project this March...Can't wait anymore!"

What is an ankle arthroscopy?

Also known as key hole surgery or minimally invasive ankle surgery. Ankle arthroscopy involves using very small incisions to gain access into the ankle joint. Each incision is less than 1cm and usually two incisions are required. The ankle joint is relatively small and to allow good surgical access to the joint, its dimensions need temporarily to be increased. This is done using a combination of distraction across the joint together with having a stream of pressurized fluid circulating through the joint which distends it.




Not all ankle surgery can be done or is sensible to try using arthroscopy. The list of conditions below is comprehensive for those disorders in which the technique is useful. The alternative is open ankle surgery which results in larger scars and generally more post-operative pain. For certain cases though this is unavoidable.



The inside of the ankle joint can be inspected using a small camera with operations carried out on the joint using small, specially designed instruments.


The various disorders in which the technique is useful :

- Ankle arthritis

- Footballers ankle (Anterior Ankle Impingement)

- Unstable ankle

- Lateral ligament reconstruction

- Ankle pain following fracture

- Loose bodies within the ankle

- Osteochondral defects of the talus

- Diseases of the synovium

- Undiagnosed ankle pain
 


Why ankle arthroscopy?

The alternative to ankle arthroscopy is open ankle surgery. The very small incisions used result in minimal soft tissue disruption and trauma. This in turn results in:

-Significantly lower pain levels than an open approach

-The ankle is comfortable to weight bear through on the day of surgery

-Most cases can be performed as day cases

-Lower infection rates than open surgery

-Earlier return to work/function/sports

-Little scarring

-Minimal effect if further surgery to the ankle is required

How is an ankle arthroscopy done?


The ankle joint has small internal dimensions under normal circumstances. To produce sufficient space in which to perform the procedure and avoid damaging the joint surfaces with instruments, it is necessary to "stretch open" the joint .This is achieved under anaesthesia by using a combination of traction across the joint and distending the joint by infusing sterile fluid under pressure.

Most ankle arthroscopy is performed under general, or occasionally regional, anaesthesia. Firstly a padded bar is placed behind the thigh.






What conditions can be treated with ankle arthroscopy?


Unstable ankle - An ankle may be unstable because it is restraining tissues (bone, tendon) or more commonly the ligaments have been injured and are no longer competent or in the normal position. This is known as mechanical instability and though ankle arthroscopy will not by itself treat this condition, there are often associated problems within the ankle joint which will require an arthroscopy as well as addressing the underlying mechanical problem.

An ankle may also be subjectively unstable. This is when the normal restraints (bone, tendons and ligament) are working fine, but the ankle nevertheless feels unstable. This is usually due to a painful area within the joint such as synovitis injury, a plica, arthrofibrosis or a chondral or osteochondral injury. All of these conditions can be treated arthroscopically.

What happens after my ankle arthroscopy?


The first 24 hours

Pain relief

When the patient wakes up after surgery the ankle should feel comfortable. The patient will have had ankle and intra-articular injections of local anaesthetic whilst asleep.

Following surgery a patient will be given a combination of three painkillers to be used regularly for the first 48 hours post-operatively and then to be used only as needed.

Mobility

After the ankle arthroscopy, once you are back on the ward the physiotherapist will start mobilising you. You may put as much weight through the ankle as is comfortable. The conditions where this is not the case are with an osteo chondral defect and if your arthroscopy has been part of a lateral ligament reconstruction. You will be more comfortable using crutches for a day or two and then these can be discarded.

Your operated leg will need to be elevated when non-weight bearing for the first 24 to 48 hours.

You are encouraged to exercise your ankle within the bandage both by moving it up and down as well as moving it from side to side. This is from as soon as you are able to do this.

Length of stay

Once fully awake and mobile the patient can go home if they wish. It would be sensible for a responsible adult to pick up from hosptail and accompany overnight.

Bandaging after Ankle Arthroscopy

Following an ankle arthroscopy you will have three layers of covering. Closest to the wounds are two small adhesive coverings and these should be kept on for two weeks. Overlying this is a layer of sterile wool and overlying this is a crepe bandage. The dressings should be left intact for the first week. The wounds themselves should be kept dry for two weeks. At one week following the surgery you may remove the outer crepe bandage and the underlying wool. The adhesive dressings over the two arthroscopic portals should be left intact. If these should become loose or dislodged, replace them (without touching the wound) with a good sized adhesive plaster. These can be replaced as often as required, it is important that the wound itself is kept untouched and dry.

Driving after Ankle Arthroscopy

Generally you should be comfortable and safe to drive at one week following your ankle arthroscopy as long as you are permitted to weight bear.

Return to Sport

After ankle arthroscopy you will be back to walking at 1-2 days following your ankle arthroscopy. This will be without use of a crutch. Any sporting activity is best left for at least two weeks following the procedure. Realistically, things can be built up from two weeks post-operatively but will probably take in excess of four weeks before more vigorous sporting activity will be possible.

At two weeks


A patient will be seen in the Outpatients Clinic to have their sutures removed a two weeks post-operatively. The specific advice from here on depends somewhat upon the problem which has been treated. In most cases it will be to return to unrestricted activities from here. A patient may now drive and get their wounds wet.

Complications of ankle arthroscopy

The vast majority of patients following ankle arthroscopy suffer no complications.

Parasthesia - 4%

This is numbness, effecting the skin and occurs as a result of injury (bruising or division) of branches of, or the actual, cutaneous nerves. It occurs because the safe 'corridors' allowing access into the ankle, away from the vital structures, lie close to these nerves.

Superficial Wound Infection - 1%

You will receive pre-operative antibiotics which minimise the risk of this complication.

Deep (Joint) Infection - 0.2%

You will receive pre-operative antibiotics and the operation is carried out in a laminar flow theatre (the same degree of sterility as is used for open joint replacement) which will minimise the chances of complication.

Haemarthrosis - 1%

This complication is bleeding into the joint after the operation. Small amounts of bleeding are not uncommon and generally will go unnoticed. However, if a large amount of bleeding is present this will lead to painful swelling which may require surgical drainage. This generally requires washing the ankle out at the end of arthroscopy. The chance of this complication is probably reduced by a compressive bandage after the operation and leaving it on for a week following the operation.

Deep Vein Thrombosis - 0.5-1%

The chance of this complication is small following an ankle arthroscopy. You will nevertheless be given a prophylactic anticoagulant once you are asleep prior to the onset of your operation. If you are likely to be immobile for any length of time following the operation you will also be given a course of short injections following the operation to reduce the chance of this.



OK ni sedikit sebanyak lah....adooii cuak lah plak!

UPDATE FOR THIS TOPIC (20/01/2010) : Baru sat tadik Dr.Soong dtg jumpa aku, ckp sok aku akan menjalani Ankle Arthroscopy ni..Jam 2pm yg mungkin akan mengambil masa sejam tetapi kalau ada benda yang kena heal, it's take time lah. Then i told him that i've watched the step by step of procedur from Internet and he said, "WoW! No need to explain to u...u're really good journalist!" kahkahkah..aparaaa doktor...dah semalam dia x terangkan, so aku carik arr sdr... cuma hari ni dia ckp risk yg kebarangkalian berlaku only affection...only 1% but so far takde kes camtu lagik... "Then u'll feel the pain a bit (yeker a bit?) and i'll give u pain killler, no worries." Ok doktoc...   i leave it to u...Insyaallah! Cepat arr sembuh! aku nak super duper active balik..uwaaa...hehehe...

Day 2 as penghuni TMC!

Hari kedua aku berada di TMC...Bangun pagi..kepala berat semacam...mungkin sebab malam tadik tido tak lena...beralih tempat 1 hal...agak bising pun masalah gak... pepagi around 7am, nurse masuk check blood pressure...peh! low lah plak..72! pastu 9am dtg lagik....naik 93. ok sket....so pas breakfast aku decide utk jenjalan kat bawah...pegi 7E..beli coklat cadburry, biskut, metro n air. Dari dok sangap kat bilik jer... so XTVT hari ni...nothing...selain dok ngadap Internet and type story... around 2pm Dr.Soong jenguk. Memula dia suruh discharge dulu then another 1 week datang mengadap balik. Then baru dia tgk nak operate ke apa...ak e naaaaa doktor ni...semalam cakap sah2 ligament aku koyak... dah lah sakit, main soh pegi-balik plak. then aku ckp arr, kena bikin skg jugak sebab aku ada major project in this march... major project? ala projek kak namdoblas arr...ops...nanti x leh mention sini dulu. then dia cakap sok dia ada major case, so tgk thursday camner...aku ckp kalau gitu discharge jelah..khamis aku mai balik...terus he said, "NO! better u stay here. u'll run here or there if u discharge today!"...cet gitu lah plak..Ok stay lagik!

Petang ni angah sefamily dtg ngan mak ayah sekali..Happy kejap aku..yelah dapat jumpa peluk cium ngan 4 kiddo yg notty n cute (cam mak lang dia kaannn..ahahahaha).... Tengok lah gambar dorang ni, siap baring2 atas katil aku...Abg siap ckp nak duduk temankan aku, x nak pegi skola. pastu memain kat playground dpn bilik aku....tapi dorang kat sini tak lama..ayah x berapa sihat (dia just kasik alasan Jammed padahal bkn dia yg drive..), xpelah janji datang.....memang rindu tahap gaban kat dorang. sama rindu kat Tiger, kucing aku gak. Mesti Tiger pelik mana arr aku kan..sbb kalau aku xde, dia akan port kat meja aku...


Seronok landing sambil makan coklat.










Ayah-Emil-AbgNgah (luper plak snap pic mak-angah)

Monday, January 18, 2010

Day 1st @ Room 555-2, PEARL WARD, TROPICANA MEDICAL CENTRE

Alahaiii...ingatkan pagi tadik check up ngan Dr.Soong utk check2 biasa jer pasal ankle injury aku jer..Rupanya terus admitted....alamak! aku mana penah admitted ward (selain waktu dilahirkan dlu tu jerr...) Dah lah aku lone ranger, sehelai sepinggang. Nak buat camner kan.Ankle aku sakit lagik...since terjatuh n dipijak masa main netball kat ganu 2 bulan lepas. So tercampak ar aku kat wad..yang bestnya...wad dah penuh kecuali wad kanak-kanak! kuakuakua..so aku tercampak kat area wad kanak-kanak...tapi sebilik ngan sorang Ah Soh..(dia suka pasang TV kuat...annoying!)

Caption : 1st time aku masuk spital...so aku kalah ngan along! ahaks.

jam 3pm, aku wat Magnetic Resonance Imaging (MRI), setengah jam aku berada dalam terowong tu sambil mendengar pelbagai sound like driller, honk kapal laut, enjin kontena, suasana kat construction site dan memacam...even aku didengarkan lagu-lagu nasyid dan rock kapak 80an melalui headphone. Dah ler tak bleh gerak...kejung aku dalam terowong tu!


Gambar sekadar Hiasan...(Tapi camni ler rupanya mesin MRI tu)

Maghrib tadik, Dr.Soong datang melawat. Dia tak boleh nak decide utk operate ke apa sbb kena discuss ngan sorang lagik doktor.. Katanya Tendon aku 80% jer ok. Pastu ligament aku memang injured. Cuma dia kena tengok imej 3D sok sebelum decide untuk di take off stupid joker itttuuuu...

Walau pun dok kat spital ngan kaki diletakkan atas ais kering (sampai biru kaki aku dibuatnya), tapi aku tetap kena buat keja...dan selebihnya...berMUKA BUKU! ahaks...




makanan? so far...lunch, tea time n dinner..OK lhhhhh......



Sunday, January 17, 2010

Mengkopi pes kata2 pujangga dari Qobin Mokhtar:

"Hati manusia sama seperti sungai..awalnya jernih dari tempat tertinggi (gunung)..dalam mengharungi kehidupan sebelum sampai ke lautan, ia pasti akan menjadi keruh. ada yang tersesat dan masuk ke Tasik yg tandus dan kering di sana..ada juga yang berjaya sampai ke pantai dan menjadi jernih semula..fikir2kanlah.. " (HAKCIPTA TERPELIHARA)




Itu status terbaru aku dalam FB. Setelah aku berchat dan bersharing dengan Qobin di FB selama lebih kurang sejam. Seronok berciter dengan Qobain yang aku kenali sejak 6-7 tahun lepas. Masa aku masih di REMAJA, aku pernah menemubual dia selepas dia berjaya menakluki Everest. Selepas itu, tak lost contact. Malah masa dia pernah ke Everent sekali lagi, dia pernah call aku dari sana menceritakan keadaan dia.

Sebenarnya Qobin boleh dijadikan seorang adik yang sgt berhemah. Tak kedekut berkongsi pendapat & pandangan, boleh berkongsi luahan rasa sebab dia seorang yang matang & bermotivasi. Bukan disebabkan dia sebagai salah sorang trainer dalam ESQ, tp lahiriahnya memang begitu.

Untuk Qobin, all the best...esp utk projek 7 benua! Thanx for sharing!

MASKULIN FEB 2010...IN MARKET NOW!



Taddaaaaaaa!!! Inilah cover MASKULIN untuk isu FEBRUARI 2010...Di mana aktor bakat baru, SHAHZ JASZLE, terpilih sebagai penghias cover MASKULIN kali ini. Memang sesuai arr sesangat sebab dia tengah naik, dan muka dia memang romantik gitu..kahkahkah.. Personalnya, menjalani sesi fotografi dengan Shahz, biar pun hanya utk 2 jam, mamat ni seorang yang polite dan friendly. Kira ok lah dari seorang aktor yang diva tu...penah jadik cover Maskulin gak. Ops! Sapa? Mana leh kasik tau..syyyy...naya kang kena saman..Hahahaha...

Dan ini isu kedua di bawah seliaan aku sepenuhnya (sementara aku mengambil alih tugas editor selama 2 bulan..cukuplah 2 bulan! cukup!)... Walau pun aku cukup berpuas hati dengan cover, isi kandungan (artikel & layout) tetapi aku tak terlepas dari membuat kesilapan. ya..kesilapan teknikal yang berpunca dari kecuaian. Aku admit kesilapan itu....Tapi nak buat camner....cuma lepas ni..aku kena bertambah alert dan detail. Belajar dari kesilapan....Insyaallah!