Welcome to my blog :)

rss

Saturday, April 17, 2010

Semangat yang entah ke mana...

Semakin jarang aku menjenguk ke halaman ini. Jarang disebabkan kesibukan..ya aku sangat sibuk! Tak pernah aku sibuk sebegini sepanjang karier yang telah berlangsung memasuki tahun ke-11. Sibuk dengan perancangan, pemantauan, penyeliaan, pelaksanaan...macam-macam. Semua ini perlu dilakukan untuk menstabilkan semula 'kapal besar' yang macam nak karam ini. Ya, nak karam. Hampir. Terkapai-kapai di lautan ganas, tanpa arah, tanpa tujuan, tanpa objektif kerana tiada nakhoda. Dan apabila aku terpaksa mengambil alih kapal ini....diulang...TERPAKSA....atau dalam bahasa lainnya, tanpa ada pilihan!, aku sendiri bagai hilabg arah. Semangat aku entah ke mana. Kejap ke selatan, utara, timur & barat. Tidak tertetap dalam satu koordinat yang sama. Semangat aku masib belum berpaksi pada kenyataan ini.

Sudah 2 minggu aku menjalani proses TERPAKSA ini, membuatkan masa kerja aku semakin panjang (sebab selalu balik lewat), ruang kerja aku semakin sempit dan aku sendiri....sangat sebal. Sebal dengan beberapa makhluk yang aku rasakan tidak menyenangi kehadiran aku. Mungkin selama ini mereka bebas melakukan apa saja, buat kerja asal siap, tak ada kualiti, belajar tinggi-tinggi tetatpi hasil kerja sangat mendukacitakan. Ya mereka takut dengan kehadiran aku. Sangat takut hingga ada yang mula menjauhkan diri, ada yang sudah delete aku dari FB. Karenah ada di kalangan mereka yang bersikap kurang ajar, acuh tak acuh, bodoh sombong, sentap bila ditegur... Ah! Ingat aku akan tunduk dengan permainan mereka? Ok Girls..let's us starting playing the games..Your games but with my rules! Nak tengok sangat aku jadik diktator, umpama Adolf Hitler? Dipersilakan. Aku dah bagi peluang 2 minggu. Dan kesabaran aku makin terhakis dengan karenah mereka.

Bila kesabaran aku mula terhakis, membuatkan semangat aku pun entah ke mana. Adakah aku akan terus bertahan dengan keadaan sebegini? Sanggupkah aku terus membelah ombak cabaran ini? Bersediakan aku menghadapi segala kemungkinan?  Aku sendiri tak punya jawapan. Biar masa dan takdir menentukan...

0 comments:

Post a Comment