Welcome to my blog :)

rss

Wednesday, April 7, 2010

Bila dikembalikan ke 'CINTA PERTAMA'

Assalamualaikum...

Sebenarnya aku x punya idea pun nak mencatat dalam blog ni....tapi 2 hari lepas aku terpaksa men'delete 2 entry...Pertamanya, sasaran terbabas. keduanya..emmm...serba salah. 2 hari lepas adalah hari jiwa kacau yg teramat buat aku. sangat galau! 3 minggu lepas, aku mendapat perkhabaran bakal lead majalah Maskulin bersama pejuang2 lain.. Tapi isnin lalu, aku diumumkan utk mengepalai majalah REMAJA pula! REMAJA! gelanggang pertama aku dalam dunia kewartawanan 11 tahun yang lalu. Bersama REMAJA dari Sept 1999 hingga Jan 2005, kemudian beralih ke majalah JOM dan MASKULIN (Jun 2006-March 2010). Dan kini aku kembali ke REMAJA, ibarat kembali bercinta dengan 'CINTA PERTAMA'!

Permulaan, aku sangat down...sangat! Sepanjang hari memang aku tak tahu nak buat apa, last2 ambik half day, balik rumah tido! Tapi x bleh tido plak, kepala pening ting tong..nangisss.....(cenggeng aku ni!)

Hari kedua yakni semalam, semangat aku pulih walau pun tak sepenuhnya pd awal pagi, tetapi menginjak ke tengahari, semangat aku bertambah. Apatah lagi selepas Mentor aku dalam dunia kewartawanan, kak Sharah Ibrahim, call dan memberikan tazkirah utk memberikan aku kembali semangat dan arah tuju. Dan aku kembali bersemangat  dan mahukan semangat ini terus kekal dalam diri aku sepanjang perjuangan menggalas cabaran yg sangat berat & penuh dugaan. Bersama team REMAJA seramai 10 orang, sokongan dari diaorang juga membuatkan aku kian bersemangat. yelah, simpati juga pada REMAJA yg bersilih ganti nakhodanya selepas Cik Li meninggalkan majalah ini.

Aku sedar, bukan mudah utk memikul cabaran ini. sangat sukar. tetapi sokongan yang diberikan oleh pihak Karangkraf, boss2, kawan2 dan keluarga, menaikkan semangat aku. Ya, aku sayang REMAJA. Sayang sangat. Atas  rasa sayang itulah, aku akan berusaha utk menaikkan semula REMAJA, biar pun tahu ia agak sukar untuk ke peringkat dahulu yg begitu gah, tetapi aku akan cuba sedaya yg mungkin. Itu janji aku utk diri aku sendiri!

Sayang aku pada Maskulin, masih ada. Memang aku frust sesangat. dah buat pelbagai perancangan bersama team Maskulin, hati aku dah cukup happy. Tapi..inilah takdirnya. Kita kena sedar, bukan semua perkara yang kita mahukan, kita akan dapat. Allah SWT tahu apa yang terbaik utk kita. Perancangan Allah tidak pernah gagal & tak pernah silap. Aku percaya, ada hikmah yang tersembunyi. Dan aku juga percaya ada sesuatu yang terbaik utk aku di masa yang akan datang...

0 comments:

Post a Comment