Welcome to my blog :)

rss

Saturday, April 24, 2010

Perjuangan Tetap DiTeruskan....

Ibarat “sirih pulang ke gagang”... itulah situasi yang berlaku pada saya sejak 1 April 2010 lalu. Berita yang dikhabarkan oleh pihak pengurusan Kumpulan Karangkraf bukanlah lawak sempena April Fool, tetapi ia merupakan suatu amanah yang bersertakan tanggungjawab yang begitu berat dan ia merupakan cabaran terhebat buat diri saya. Saya pasti, kamu tidak pernah mengenali diri saya. Jadi dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan salam perkenalan.



Hampir 11 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1999, saya memulakan kerjaya pertama di sini sebaik saja selesai menduduki peperiksaan akhir di sebuah kolej swasta. Ditempatkan di majalah REMAJA yang ketika itu sangat gah di pasaran, perasaan bangga dan gembira menyelubungi diri. Bukan hanya impian untuk bergelar wartawan berjaya direalisasikan tetapi ditempatkan di majalah yang cukup glamor ini membuatkan saya terus nekad untuk berjuang dalam bidang ini. Biar pun tidak punya kelulusan dalam jurusan pengajian media mahu pun komunikasi massa, saya tidak segan silu meminta tunjuk ajar dari rakan senior. Team REMAJA terdahulu, terutamanya pada era pimpinan Kak Sharah Ibrahim yang juga saya anggap sebagai mentor dan juga Abang Richie Rachman amat banyak membantu. Dari hanya tahu menulis untuk karangan sewaktu di sekolah, saya belajar sedikit demi sedikit sehinggalah boleh menghasilkan artikel di majalah kesayangan ramai ini. Selain dari Kak Sharah, saya yang ketika itu paling muda dalam team, turut dibantu oleh Kak Anie, Kak Nurul Azwa, Kak Sarina, Kak Rafidah dan Kak Zuraini. Kemudian team REMAJA disertai Cik Li dan Farhana selepas Kak Rafidah dan Kak Zuraini meninggalkan lapangan kewartawanan ini.


Bersama team REMAJA yang dianggap solid dan fit itu, kami seumpama adik beradik dalam sebuah keluarga yang besar. Kami berkongsi satu misi iaitu berjuang demi REMAJA dan meletakkan majalah ini di tahta yang tersendiri. Syukur, misi itu membuahkan hasil. Malah kerana keutuhan hubungan itu juga, team REMAJA pernah dinobatkan sebagai ‘Team Terbaik’ di majlis makan malam Kumpulan Karangkraf pada tahun 2002.


Namun jodoh saya bersama REMAJA tidak kekal lama apabila pada Januari 2005, saya diberi tanggungjawab untuk membantu mengendalikan sebuah majalah baru berunsur komik iaitu JOM. Ketika bersama REMAJA pun, saya pernah ‘dipinjam’ selama 5 bulan oleh Majalah PC yang ingin membuat perubahan baharu. Jadi ketika terpaksa ‘meninggalkan’ REMAJA, hati saya luluh sekali. Kalah rasa putus cinta! Namun perjuangan harus di teruskan.


Jodoh bersama JOM hanya setahun setengah saja, kemudian majalah tersebut terpaksa di bekukan dan saya diserapkan pula ke majalah berkonsepkan dunia lelaki iaitu MASKULIN. Selama 5 tahun, saya ‘mendalami’ dunia lelaki, akhirnya saya kembali kepada ‘cinta pertama’ semula, REMAJA. Saya akui, perasaaan ketika nama naik untuk menerajui REMAJA amat berbelah bagi. Pertamanya, saya amat sayang untuk meninggalkan MASKULIN yang sudah sebati dalam jiwa saya. Keduanya, usia yang hampir memasuki 3 Series ini membuatkan hati saya tidak cukup bersedia untuk kembali ke REMAJA. Namun semangat kecintaan terhadap REMAJA masih ada di hati, saya sahut cabaran ini. Bersama Farhana dan team REMAJA versi terkini, saya nekad untuk meneruskan perjuangan ini. Kerna...bagi saya, selagi hayat dikandung badan, perjuangan harus diteruskan. Selagi diperlukan dan dipercayai, saya akan terus berjuang dengan penuh semangat.


Untuk pembaca tersayang, sokongan kamu semua amat diperlukan. Sokongan kamu umpama kuasa magis dan ia juga menjadi semangat buat team REMAJA untuk terus berkarya. Terima kasih INFINITI buat kamu semua. Teruskan menjadi kawan baik REMAJA selama-lamanya!

(REMAJA 1ST MAY 2010)






Nie artikel pertama aku untuk REMAJA isu 1st May 2010...Untuk ruangan Catatan Pengalaman. Memandangkan aku 'bermasalah' untuk menulis di ruangan Memo Editor, so aku terpaksa lepas geram di ruangan ni.. Sebagai salam perkenalan aku di REMAJA... Post copy layout akan di tempek kemudian..mekasey...

Nota Kaki : Masih dalam proses penyesuaian diri...

0 comments:

Post a Comment