Welcome to my blog :)

rss

Saturday, April 17, 2010

Lagenda Budak Setan-dari helaian kertas ke layar perak


Lagenda Budak Setan-Trilogi novel karya Ahadiat Akasyah bermula dari Budak Setan yang diterbitkan pada 1991, kemudian beberapa sekuel bersambung sehingga membentuk Lagenda Budak Setan. Tajuk novel ni penah jadi tentangan di kalangan pencinta bahasa sebab menggunakan perkataan 'Setan', tapi nasib baik juga tidak di gam!

Cerita mengenai kisah anak remaja di sebuah sekolah asrama penuh, kenakalan Kasyah, Sapi and the gang. Pertemuan Kasyah dengan Ayu yang seterusnya membibitkan perasaan cinta (teringat Picaddilly n era roller skate!), kemudian mereka terpisah dan bertemu kembali di alam dewasa tetapi dengan cara yang berbeza.. Ayu telah dimiliki oleh Azmi, musuh ketat Kasyah di sekolah. memang giler novel ni, tapi lama kelamaan, dah makin meleret plak terutamanya selepas kemunculan katerina!


Ni cover novel yang telah di LAGENDA kan...


Tadaaaaa...ini lah koleksi Budak Setan I, II & III....1st version lagik tu..



Dan ni plak SEBAHAGIAN novel karya Ahadiat Akashah yang ada dlm simpanan....Banyak lagik sebenarnya..kat umah along kot.



Aku mula baca novel sejak umur 10 tahun. Novel pertama yang aku baca, "Bunga Jantan" (sayangnya novel ni telah dihilangkan oleh cousin, pastu serik nak kasik dia pinjam lagi). Pastinya novelis pertama yang aku kenal, sudah tentu Ahadiat Akasyah. Semuanya pengaruh dari kakak-kakakku yg memang gila novel! dulu sanggup simpan duit belanja n share duit utk beli novel. setiap kali novel terbaharu dari Ahadiat, mesti akan dibeli. Sampai kakak india pemilik kedai surat khabar kat pekan subang tu pun peka bila ada novel Ahadiat kat market. Memang ralit baca novel2 dia... Sampai berangan abih! Antara novel dia yang masih dalam simpanan kat umah ni (selain Budak Setan), "Budak Rap", "Gigolo", "Horizon", "Budak Momok", "Sekeping Kad Valentine" dan banyak lagik le...Rasanya aku stop membeli novel dia..emmm tahun 1998 onwards! Sebab novel dia sudah kurang relevan dgn jiwa and umur aku. Apa pun, tak dinafikan, kerana pengaruh dia jugalah aku minat bidang penulisan dan seterusnya jadi wartawan!

Tahun 2003, semasa di REMAJA dlu, aku pernah menemubual dia...utk kolum Idola. Teringat, memula dia cam biasa2 jer melayan temuramah aku. Bila aku mengaku yg aku mmg peminat novel2 dia, terus dia jadik extra friendly..siap tunjukkan seluruh rumah dia termasuk library dia...

Ok Stop citer bab ni lah.

Nota Kaki : Tak sabar menantikan filem Lagenda Budak Setan di pawagam Jun ni!




1 comments:

Unknown said...

sis boleh cek balik tak kat novel budak setan tu ada tak kasyah bergambar dengan kereta. Kalau ada boleh tolong scan tak

Post a Comment