Filem yang ditayangkan pada tahun 2003 ini mengisahkan John Liu (Aniki) seorang pemain violin dan Eve Choi (Gigi Leung) seorang translator. Mereka bertemu di kem perkhemahan sewaktu zaman persekolahan. John masa tu 15 tahun n Eve 13. John memang sudah mula syok kat Eve tetapi tak pernah bertegur sapa melainkan memerhati dari jauh sampailah tamat perkhemahan itu. Sampailah berbelas tahun kemudian, mereka dipertemukan semula oleh takdir. Tetapi sayangnya selepas saling bertukar nombor telefon, mereka kembali 'terpisah' (sbb kertas yang tertulis no itu rosak teruk dibasahi hujan). Takdir...mereka demam serentak, dimasukkan ke hospital serentak, dan menginap di apartment block bersebelahan. tetapi mereka tidak pernah berjumpa! Mereka telah jatuh cinta dan banyak mengalami peristiwa yang sama, berada di tempat yang sama....tetapi tidak bersua muka. Inilah takdir. Ada seorang waitress dah syok kat John dan dalam masa yang sama seorang doktor pun syok kat Eve. Tetapi dorang terpaksa melupakan John/Eve dan mereka pula saling jatuh cinta. mereka tahu John & Eve saling menanti antara satu sama lain tetapi saja tak nak bagitahu. akhirnya mereka sengaja memberikan no Eve kepada John dan sebaliknya. John ingatkan no itu no waitress, begitu juga dengan Eve yang menyangka itu no doktor. Sehinggalah suatu hari masing-masing mendapat tawaran bekerja di luar negara. Dan pada malam mereka hendak berangkat ke luar negara, mereka menghubungi no itu dan cuma meninggalkan pesanan dalam voicemail. sedang berkemas, mereka mendengar pesanan itu dan masing-masing terkejut, terus berusaha mencari tetapi terpaksa berputus asa. Akhirnya pada malam itu, sebelum berangkat, John cuba hubungi sekali lagi no Eve dan masa Eve jawab, berlaku gempa bumi dan tembok dinding yang memisahkan kediaman mereka pecah. Masa inilah baru mereka tahu yang mereka sebenarnya berjiran!
Alamak panjangnya sinopsis ini. Apa yang ingin aku katakan, cerita ini banyak gila co insiden. Kebetulan yang tertulis dalam suratan. Dan suratan itulah takdir yang akhirnya menyatukan semula mereka. Sejauh mana kita terpisah, selama mana tidak pernah bersua muka, kalau sudah jodoh, pasti akan bersatu....
0 comments:
Post a Comment