Welcome to my blog :)

rss

Wednesday, February 17, 2010

Bila hati disagat kecewa dek seseorang yang dianggap kenalan...

Baru kejap tadi aku bersembang dengan seseorang yang merupakan classmate aku di SMSSAAS sewaktu di tingkatan 4 & 5. Aku sebenarnya taklah rapat dengan dia berbanding dengan yang lelain. MUula-mula cerita biasa-biasa saja, sekadar berbasa-basi. Lepas itu dia mula provoke. Ops. Aku lupa mamat ni memang suka provokasi yang sangat menyakitkan hati. Sebelum-sebelum ni memang aku pernah terkena, tapi aku tak ambil berat pun. Tapi apabila dia menyentuh tahap profesionalisme aku termasuk majalah aku, angin 1 badan dibuatnya. Dia melabelkan majalah aku sebagai majalah tabloid kerana tidak ada fakta dari sumber yang sahih, di mana dia juga melabelkan aku sbg BIAS sebab menulis ikut suka aku sendiri saja. Bila mana aku berkata tidak semua perkara yang aku tulis, aku interview orang. memang tak semua perkara yang aku tulis, aku tak interview. sebab aku ada source aku sendiri, adakalanya aku tulis berdasarkan pengamatan dan logik akal.

Jadi, bila mana perkara sebegini terjadi, aku sangat kecewa. Sedangkan aku memberikan sokongan moral dan semangat untuk kenalan aku. Aku juga mengharapkan perkara yang sama. Bukan sanjungan, tetapi cukuplah memberi semangat dan tahu menghargai. Aku bukan jenis orang yang tak makan kritik. Tetapi kena tengok jugalah apa perkara yang dikritik.

Aku malas hendak menulis panjang mengenai perkara ini, sebab masih mengelegak bahangnya. Dia mula mengaitkan dengan emosi perempuan. Bagi aku, ini bukan emosi tetapi kredibiliti dan profesionalisme aku. Biarlah dia begitu..biarlah...

Status aku dalam FB :

Izwaashura Sadali "tak payahlah nak melabelkan kerja orang, dunia orang itu sebagai picisan atau tak bermakna...jagalah dunia sendiri saja...bukan minta disanjung, tapi cukuplah sekadar memberikan sokongan moral walau secebis dan tahu menghargai...itu sudah mencukupi..."---NOTA KAKI : Aku kecewa dengan statement seorang kenalan!

1 comments:

chefzyco said...

Izwa... aku tak sangka sampai tahap cam ni... ni lah keburukan aku suka meprovokasi orang lain sedangkan aku tak mencermin diri aku sendiri... aku takde niat nak menhina kerjaya dan professionalism ko, aku ingat aku berbual kosong sebagai seorang kawan dengan ko secara peribadi dan tertutup... tapi bila terbuka aku selalu puji dan banga ade member yg kerja disebuah syarikat percetakan yg besar di shah alam... tapi kalau camni dah jadi nye.. aku nak wat camner lagi, aku hanya mampu minta maaf dan kesal dengan diri sendiri...

Post a Comment