Welcome to my blog :)

rss

Tuesday, October 5, 2010

Welcome to 3 Series Club.....

http://aliensewel.blogspot.com/2010/10/nama-dia-izwa-ashura-laa.html



Yes! Today is my 30th birthday.... Ramai sungguh yg wish thru Facebook...SMS...Phone call...Tapi paling best....dari adik aku, Ijot a.k.a ALiensewel...titipan kat blog dia..bikin aku gelak guling2...bikin aku suspens...bikin aku...emm..terharu...ahaks!

Besday tahun ni....agak serabut sket hidupku.. Aku sibuk ngan recording utk Dewi Remaja 2010... dah masuk 2 minggu shooting... Utk rakaman yg bakal ditayangkan di Astro Ria bermula 10 Nov, setiap rabu 9.30am..sebanyak 6 episod.

Penat. stressed. tak cukup tido. otak berserabut. adoiiii! Tak punya masa utk keluarga, kengkawan, apatah lagi diri sendiri... semuanya utk keja..buat sementara ini! Itu yg aku harap. ulang ayat....sementara ini!

Umur yang 30 tahun ni..apa yang aku rasa...hanya aku & Allah saja yang tahu... Gelodak rasa.. Gelojak rasa. Kesempitan ruang & masa. Dan memacam lagi. Tidak dapat dititipkan di sini satu per satu. Biarlah... Apa pun, aku hanya mengharapkan ketenangan, kesabaran....kebahagiaan...sihat tubuh badan. Murah rezeki. Selebihnya..tunggu saja kurniaan Ilahi.

Hingga ini...saat ini...Hanya ini...sekian.

Saturday, September 11, 2010

Hari raya 2010...biasa jer...

Salam...

Salam...salam..salam...Aidilfitri utk semua. Maaf zahir & batin. Raya aku? seperti biasa...sama jer setiap tahun. Tema tahun ni brown. Ada apa keistimewaan tahun ni? So far takde melainkan semua keluarga aku ada sama. Dan aku buat 2 jenis kuih raya tradisi iaitu semperit & biskut mazola... dannnn seperti setiap tahun, sudah tentu chocolate moist cake di malam raya...

Tahun ni....raya jugak dengan kucing2 baru, Girl & Boy, selepas ketiadaan Tiger & Omei hampir sebulan... Sedih...rindu ngan Tiger & Omei..

Apa lagik nak citer, nothing special n interesting... so....check out. xoxo.





Wednesday, August 11, 2010

Hari pertama di bulan Ramadhan...

Salam....dah lama blog aku dibiarkan bersarang... Tadak citer menarik untuk dikongsikan bersama. Tambahan pula aku sibuk..sangat sibuk! Boleh dikatakan saban hari aku sibuk! Isyy...Apa nak jadik apabila ruang litup pergaulan sosial dan ruang rehat agak terhad, limit dan begitu...arghhh! makin sempit waktu ini.

Hari ini hari pertama di bulan Ramadhan. Alhamdulillah..syukur kerana aku dipertemukan sekali dengan Ramadhan. walau pun ada niat yang masih tertunggak dan tidak tertunai. Namun aku mahu meraikan dan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini selengkap yang mungkin. Biarpun kesabaran aku tergugat dek kesongehan satu client yang memeritkan dan meroyan! OMG! Biarlah malas nak layan.

Sehari dua ini..emmm..hati terdetik sesuatu. Aduhaiii...hati..jangan begini kalau tidak mahu disakiti. Sabar hati... Detik itu akan tiba.. cuma entahkan bila. Pasti ada takdir untuknya. Sabar ya....


Nota kaki : Asyik menikmati coklat Hersheys Kisses yg dikirimkan oleh adik daku, Izzianti, dari Perlis... (beli kat Langkawi...percutian underdog!)

Saturday, July 24, 2010

Hari ini...tercatat 1 sejarah

Setelah hampir 2 bulan buat perancangan & pesediaan. Setelah beberapa kali menukar tarikh. Akhirnya hari ini tertunai juga niat, hajat & impian untuk menganjurkan majlis Pelancaran Wajah baru REMAJA. Dan inilah event besar pertama buat aku semenjak mengendalikan REMAJA. Perasaan sangat mendebarkan! Bikin kecut perut. Kepala lutut longgar.

Bertempat di KL SENTRAL, akhirnya....

Awal pagi di sana...sumpah! Aku tak pernah menangis kerana Karangkraf! Kelakar bila difikirkan..tetapi inilah kenyataan! Aku menangis disebabkan tekanan. AKu mahu semua perfect! Dari segi persediaan dan kelancaran majlis. Bila ada perkara yang mengusarkan, dan membuatkan aku hangin satu badan...aku menangis. Itu pun masa Kak ida, iaitu mentor REMAJA call aku setelah aku SMS dia mengadu... Uwaa.. Aku nangis sebab REMAJA! sebab Karangkraf! Kerananya aku tidak mahu menganjurkan event yang kalut dan kelam kabut. Karangkraf dah beri kepercayaan dengan mengeluarkan sejumlah bajet, jadi aku mahukan event ini berjalan lancar!

Dan akhirnya..berkat restu Allah SWT dan atas dasar kerjasama semua krew yang terbabit,event ini berlangsung dengan lancar dan sukses! Alhamdulillah..syukur pada MU Ya Allah...

Terima kasih Team Remaja, team Promo, bosses, VIP (Zendra Azila -so beauty!, Kamal Adli & Fizo), colleagues, clients, guests, readers, friends, sponsors, DEWI REMAJA, celebrities, performance artist (ALIFF AZIZ, THE LIMA & TILU), emcee (ALIFF SATAR & JULIANA EVANS), and all of you... yes YOU!






Sunday, July 18, 2010

Akhirnya aku ada jugakkk!


Tadaaaa.... Now i'm Blackberry user! Akhirnya aku terpengaruh jugak selepas dipromote sakan oleh big boss aku, Fir.. Dia yang begitu beriya2 suruh aku beli BB ni... Sebenarnya aku tak pernah pakai handphone jenama lain selain dari Nokia. Ni ler 1st time aku guna jenama lain.. Tapi not bad lahhhh... Utk Bb ni jugak, aku sanggup tukar service provider dari Maxis ke Digi. Sebabnya pakej Maxis lebih mahal. Aku bukannya heavy user, so tak perlu spend a lot of money on that! Kalau Digi, pakej unlimited service for internet just RM68. kira affordable la.. servis pun ok.. so far, puas hati.. la ni dok terpikiaq nak top up aksesori.. tunggu gaji! Aku dah aimed capdase kaler purple!!! Atau pun paling ok pun, popmyberry la. cuma tak berkesempatan nak ke sana jer lagik sebab masalah parking.. hahaha...

Girls Nite! Chill out @The Ship, Damansara Utama

Wahhh... Lama gila blog ni bersawang, yelah takde benda nak dicoretkan. melainkan luahan hati mengenai kerja jer... (arghh! citer pasal kerja...membosankanlah!)

Sebenarnya tak tahu nak tulis pasal apa pun.. So saja la nak menempek pix aku n kengkawan Kaknamdoblas having our dinner last nite..

Aku, Zeekaa, Ina & Acha...

Dinner di The Ship...ramai gila.. Nasib baik ada tempat kosong, nak buat RSVP, tapi Bonda (orang kuat The Ship) kata tak payah.. So main redah jelah...

Masing-masing pilih Set dinner..ops sorry lupa nak mention. Sebenarnya ni sbb aku dapat voucher dari Bonda.. hahaha...

So lepak kat situ dari 8.30pm till 11pm! Biasalah kitorang kalau dah melepak memang lama! Sembang lebih.

Makanan kat sini...aku pilih set prawn with salmon...sedaplahhhh... cuma big potion so seperti biasa, aku tak habis! hahaha... bak kata Ina, setengah jer aku makan (eh udang aku kasik sapu bersih tau!).... Apa pun TERIMA KASIH BONDA LAN MANSOR! hehehe....



Nota Kaki : Zeekaa & Ina close fren aku dari zaman sekolah rendah. Acha tu member baik Ina.

Saturday, June 26, 2010

Tak tahu hendak buat apa lagik...

Hidup ini ada pasang dan surutnya. Ya, itulah kenyataan yang harus ditelan, redha. Biar pun pahit dan masam.

Hampir memasuki bulan ke empat aku mengendalikan bahtera besar. Tapi rasanya peratusan yang menyeronokkan dan menenangkan terlalu sedikit. Peratusan rasa bengang, frust, terkilan, kecik hati dan macam2 lagi yang sama spesis dengannya lebih besar kuantitinya. Paling mengecewakan keadaan team sendiri. Aku akur dengan kata-kata Kak Sharah supaya aku lebih tegas terutamanya dalam membuat keputusan. Ya, diaorang akur tetapi bab mengata belakang tu...emmm..tak tahulah. Bukan mudah hendak menjadi seorang ketua yang disukai, biar pun ada nada respect (mungkin dalam keadaan keterpaksaan).

Ada diantara mereka yang terlalu mengekang kedudukan antara aku dan mereka. Gab yang terlalu jauh. Mereka seakan menjauhkan diri biar pun berada dalam kelompok yang sama. Aku hairan. Apa yang dorang takutkan? Atau apa yang buat dorang tak selesa? bengang jugak rasa di hati. Dalam erti kata lain, aku kecik hati. Mak sentapppp uolls! Dorang ni tak tahu ke yang setiap bulan aku buat penilaian? Sok kalau x naik gaji byk, jgn komplen plak. Sendiri mau igt lah!