Welcome to my blog :)

rss

Saturday, June 12, 2010

Kegilaanku..selain Tazmania!

Keluargaku...teman-teman rapatku...tahu akan kegilaan aku terhadap TAZMANIA DEVIL. Sangat gila kan.. Sangat! Pantang jumpa kat mana-mana (walau pun hanya sekotak tisu atau plastik bungkusan gula-gula), aku boleh jadik macam tak tentu arah, hilang akal dan akan membelinya. Tapi kalau melibatkan harga yang tinggi, aku kena gak pikir 2-3 kali....

Tapi selain dari kegilaan terhadap Tazmania, ada lagi satu perkara yang buat aku terleka (nauzubillah!), NOVEL! Hah! Minat membaca yang dipupuk dari kecil antara pencetus dan penyebab aku menjadi wartawan a.k.a penulis kreatif! Aku mula membaca sejak umur 6 tahun (rasanyalah!). Mak selalu belikan aku macam-macam buku cerita sejak aku kecil, antaranya Puteri Beradu (Thumbelina), buku-buku Nancy Drew,  Kisah penyiasatan 7 sahabat dan pelbagai lagi. Kemudian atas pengaruh kakak-kakakku, Along & Angah, aku mula membaca majalah Gila-Gila seusia 8 tahun dan novel pertama yang aku layan, Bunga Jantan karya Ahadiat Akasyah, masa aku umur 10 tahun! Seterusnya minat membaca novel semakin membuak-buak, bercambah-cambah & makin menggila! Menjadikan aku sebagai Ahadiat Akasyah's follower! Budak Setan, Budak Rap, Joy, Sekeping Kad valentine dan banyak lagi karya Ahadiat ada dalam simpanan aku sehingga kini.

Selain Ahadiat, aku juga antara pembaca karya Khadijah Hashim! Percaya tak, aku baca novel Badai Semalam dan Mira Edora masa umur aku 12 tahun! Selepas melewati usia remaja, aku berallih kepada author yang lain...mungkin selari dengan perkembangan minda dan peningkatan usia. Eh! Mungkin? Mana boleh mungkin...ini suatu kenyataan!

Karya-karya dari novelis-novelis terkenal seperti Ramlee Awang Murshid, Sharifah Abu Salim dan Noor Suraya menjadi pilihan NO.1 aku. Banyak karya mereka menjadi koleksi peribadi aku. Aku suka permainan bahasa dia orang, suka dengan jalan cerita yang membuai rasa dan aku memang suka! (Ops! Aku suka imagine watak-watak & kejadian dalam novel itu tetapi bukan meletakkan diri aku sebagai 'pelakonnya').



Selain dari mereka bertiga, aku juga ada membaca karya novelis lain, dulu aku cukup gemar dengan karya Norhayati Berahim dan Fauziah Ashari tetapi lama-kelamaan, novel mereka seperti satu bancuhan yang sama... Buat aku hilang teruja! Pilihan lain bagi aku, karya Salina Ibrahim (dia merupakan mantan editor di Karangkraf dan juga penulis undangan REMAJA...), Damya Hana, Aisya Sofea dan ramai lagi. Cuma aku bukan kemaruk sangat membaca karya mereka kecuali ada yang menarik perhatian aku. Tapi penulis baru seperti Siti Rosmizah (Andai Itu Takdirnya & Cinta Kau dan Aku), turut menarik perhatian aku.

Terbaharu, aku telah pun selesai menamatkan bacaan novel "Jaja Love Din", karya Noor Suraya. Aku suka sangat gaya bahasa dan jalan cerita penulis ini. Impressive! Teruja! Kagum! Terkesima! Cerita-cerita dia bikin aku senyum seorang, ketawa seorang dan menangis seorang! Untuk novel ini, memang aku terlalu suka! Kisah seorang gadis, Faiza Dr.Badrul Hisyam a.k.a Jaja yang hatinya sekukuh tembok sekeras batu terhadap cinta. Akhirnya hatinya terpesona dengan seorang lelaki yang warak yang dikenali hanya menerusi gambar.... Tetapi dia mengambil masa yang lama untuk menjejaki lelaki tersebut. Dan bila sudah dapat menjejaki Din, dia terus meminta keluarganya masuk meminang! Kahkahkah...memang lain dari yang lain!

Disebabkan rasa cinta yang mendalam, Jaja sanggup mengetepikan malu seorang wanita untuk melengkapi hatinya sendiri. Dan tanpa disedari, Din juga pemerhati Jaja sejak sekian lama biar pun lelaki ini tidak pernah mengakuinya. Tetapi terpaksa mengakui apabila cintanya terhadap Jaja memang tidak ada galang ganti! Indahnya.... Arghh! Aku sendiri terbuai rasa dengan novel ini....Novel yang dikembangkan selepas "Nyanyian Tanjung Sepi" tetapi kali ini membawa kisah dari anak-anak Dr Haslinda dan Dr Badrul Hisyam, dengan Dr Aqmar sebagai pembantu (dahulunya kisah cinta mak-bapak diaorang).



Seronok membaca novel, membuai rasa dengan perasaan yang entah apa-apa entah.... Tapi itulah kenyataannya...aku suka novel!

Ada 2 lagi novel yang sedang menanti aku memulakan pembacaannya; "Setenang Cahaya Hati"(Salina Ibrahim) & "Bila Sena Kembali Berbunga2"(Amaruszati Noor Rahim)..... (Kelekaan menghadap FB & Internet adakalanya membataskan aku membaca novel...adeiiii)...

NOTA KAKI : Entah bila pula giliran aku hendak menulis novel, asyik separuh jalan!

0 comments:

Post a Comment