Welcome to my blog :)

rss

Saturday, June 26, 2010

Tak tahu hendak buat apa lagik...

Hidup ini ada pasang dan surutnya. Ya, itulah kenyataan yang harus ditelan, redha. Biar pun pahit dan masam.

Hampir memasuki bulan ke empat aku mengendalikan bahtera besar. Tapi rasanya peratusan yang menyeronokkan dan menenangkan terlalu sedikit. Peratusan rasa bengang, frust, terkilan, kecik hati dan macam2 lagi yang sama spesis dengannya lebih besar kuantitinya. Paling mengecewakan keadaan team sendiri. Aku akur dengan kata-kata Kak Sharah supaya aku lebih tegas terutamanya dalam membuat keputusan. Ya, diaorang akur tetapi bab mengata belakang tu...emmm..tak tahulah. Bukan mudah hendak menjadi seorang ketua yang disukai, biar pun ada nada respect (mungkin dalam keadaan keterpaksaan).

Ada diantara mereka yang terlalu mengekang kedudukan antara aku dan mereka. Gab yang terlalu jauh. Mereka seakan menjauhkan diri biar pun berada dalam kelompok yang sama. Aku hairan. Apa yang dorang takutkan? Atau apa yang buat dorang tak selesa? bengang jugak rasa di hati. Dalam erti kata lain, aku kecik hati. Mak sentapppp uolls! Dorang ni tak tahu ke yang setiap bulan aku buat penilaian? Sok kalau x naik gaji byk, jgn komplen plak. Sendiri mau igt lah!

Monday, June 21, 2010

Dia muncul lagi...

Flashback....Last week...emmm..Khamis if i'm not mistaken. Dekat persimpangan trafik light menuju ke Glenmarie, i saw someone. yeah someone. Someone who drove MPV...Suzuki i guest... he looked from the rear mirror.. damn! my heart beat getting  faster... Alamak! Someone.. must be 'S'... Hahaha... yes...I'm rite! Then a day after, i've read about him in newspaper... Emm..ok...nothing to say lah..



But today... tiba-tibaaaa... Dia menjelma secara realiti di opis ku! Hahahaha... tengah bersembang dgn Managing Editor ku, tiba-tiba pandangan ku tertancap ke arah seseorang. Dan seseorang itu seakan memandang tepat ke arah ku! Jarak antara 100 meter....tapi aku yakin, pandangan mata kami saling bertembung. But... tak tegur pun. Aku blah dari situ dan 5 min kemudian aku kembali ke tempat sama dan dia masih disitu... Dan sekali lagi dia memandang...OMG! Aku terkaku, terkedu, terkelu...dan...chiow again! Adakah dia masih mengenaliku? Yeker? Now flashback to year 2003... when i was with REMAJA... and he one of TV's crew... covering my big event, rasa cam tak penah sembang, just eye contact. Tapi akhirnya bersembang biasa2..pastu..damn! malas nak citer.

Then 2 years ago, dia datang ke opis ku. Itu 1st time jumpa kembali selepas beberapa tahun MIA. Tapi aku sure dia tak perasan kewujudan ku.. Sbb aku escape macam angin lintang pukang. Why? Why should i afraid to stand in front of him. that's my secret, no need to reveal all the things la! In the same time, i've meet him again near TV3, dia tengah driving. Adoiiii!!! Suratan atau kebetulan?

Then again..today...yelah..kebetulan kan...Takde apa pun. Tapi kelibatnya sangat menganggu tumpuan aku... Sangat menganggu hatiku... Oh tidakkk!!



Footnote : Today genap 8 tahun arwah Atok, Haji Othman Dani pergi takkan kembali. Al Fatihah. Miss atok so much!

Sunday, June 20, 2010

Senangnya hidup dia...


Ini bukan statement dengki..jauh sekali jaki. Sejak aku mula bekerja 11 tahun yang lalu, 1 sen pun duit orang aku x penah mintak, even duit family aku sendiri. Itu yg cukup membanggakan aku secara peribadi. Aku tak mintak sesiapa beli kan aku itu ini, aku x demand. Aku hidup dengan duit aku sendiri. NAk beli apa, aku beli sendiri. Ada duit lebih beli, takde duit lebih diam jer (wat jer cara takdak duit). Aku bukan jenis branded person. Aku beli apa yang aku berkenan, janji aku suka. Janji aku selesa. Dan janji aku tak menyusahkan sesiapa. Duit simpanan aku x lah banyak sangat, tetapi adalah jugak sedikit2 tu esp kalau time2 memerlukan. Duit simpanan aku tu dapat jugak aku pegi melancong, cover cost ayah aku wat operation, beli laptop, beli kereta (eh deposit kereta)! Memang cara aku dari kecik, tak suka nak menyusahkan orang. Hasil didikan mak ayah aku yang mengajar anak2nya berdikari sejak kecik. Dan aku kena sedar diri bahawasannya aku bukan dari keluarga senang. Keluarga yang serba serbi sederhana, cukup makan dan cukup pakai!

OK! Tu serba sedikit citer aku. Cuma disini aku nak membicarakan orang lain yang hidup atas duit dan belas ehsan orang lain! Ini bukan nak mengumpat, tp aku agak kurang senang dengan caranya.. Eh bukan dengki tau. DIULANG..BUKAN DENGKI! Bagi aku, rezeki orang masing-masing. Tapi aku sangat kurang respect dengan rezeki orang yang atas kesempatan orang lain. Hah! Tak paham? Camni, orang yang dapat hidup mewah hasil dari belas ihsan oranfg la... Lebih kurang gitu.

Aku ada kenal seseorang ini. Agak rapat, cuma kurang dapat menerima gaya hidupnya yang mewah hasil kemewahan yang diperturunkan oleh kekasihnya. Dia mampu dapat apa saja yang dimahukan, cuma cakap jer kat kekasihnya. Senang beb! walau pun pernah dia citer yang kekasihnya penah takde duit nak keluar dengan dia. So penah agak jarang berjumpa...rupanya kekasihnya tengah sengkek! Mana tak sengkek, setiap minggu keluar (or setiap kali keluar), mesti ada saja barangan branded yang dia nak. Handbeg GUESS, jam tangan GUESS, handphone mahal, memacamlah! terbaru...wow! Dia dapat wallet (kain..kahkahkah) Kate Spade bernilai RM800! Fuyoo...bestkan... Sedangkan dia dah nak kawen yang pastinya memerlukan perbelanjaan yang tinggi.. Ala apa dia nak kisah, 1 sen pun dia tak yah kuar.. semuanya si dia akan sediakan. Hahaha.. kalau ikutkan gajinya sebagai kerani....tak sampai RM2k gajinya.. Tapi dia senang, duit kereta ada orang tlg bayarkan, bil phone pun xyah risau. Tapi kalau ada benda yang dia nak kena beli sendiri..peh....berkira! Hahaha...So tang mana aku nak kena respect dia? Sebab dia penah stalk jenama handbag yang aku pakai....wei..aku pakai CAP AYAM jer! Puas hati! Ini sebab utama mengapa aku tak berapa berkenan dengan dia.. Nasib baik dia bukan tayang secara terangan depan aku. Cuma seorang lagik bff kitorang yang selalu terkena... Aku dapat rasakan yang dia ni saja nak menyaingi kemewahan bff kitorang ni. Tapi kalau ikutkan our bff memang mampu, sebab berasal dari keluarga berada, kawen pun dapat suami yang berduit.. ops... bakal suami dia tu baru jer pakai BMW 3 series, katanya hadiah dari company.. sebelum ni pakai iswara jer.. so apa aku kesah?

Ok...dah banyak merapu. sebenarnya ni cuma medan aku meluahkan tahap meluat aku jer.. geram beb, kalau dia tak bandingkan apa yang aku pakai, aku tak kisah beb. selama ni kalau kitorang berjalan, tak penah plak dia nak beli apa, melainkan brg2 keperluan diri kat Giant or Carrefour! kan! Ok lah..STOP!

Nota Kaki : Standard aku paling tinggi pun...Charles & Keith and MNG jer...uhuks..



Saturday, June 12, 2010

Kegilaanku..selain Tazmania!

Keluargaku...teman-teman rapatku...tahu akan kegilaan aku terhadap TAZMANIA DEVIL. Sangat gila kan.. Sangat! Pantang jumpa kat mana-mana (walau pun hanya sekotak tisu atau plastik bungkusan gula-gula), aku boleh jadik macam tak tentu arah, hilang akal dan akan membelinya. Tapi kalau melibatkan harga yang tinggi, aku kena gak pikir 2-3 kali....

Tapi selain dari kegilaan terhadap Tazmania, ada lagi satu perkara yang buat aku terleka (nauzubillah!), NOVEL! Hah! Minat membaca yang dipupuk dari kecil antara pencetus dan penyebab aku menjadi wartawan a.k.a penulis kreatif! Aku mula membaca sejak umur 6 tahun (rasanyalah!). Mak selalu belikan aku macam-macam buku cerita sejak aku kecil, antaranya Puteri Beradu (Thumbelina), buku-buku Nancy Drew,  Kisah penyiasatan 7 sahabat dan pelbagai lagi. Kemudian atas pengaruh kakak-kakakku, Along & Angah, aku mula membaca majalah Gila-Gila seusia 8 tahun dan novel pertama yang aku layan, Bunga Jantan karya Ahadiat Akasyah, masa aku umur 10 tahun! Seterusnya minat membaca novel semakin membuak-buak, bercambah-cambah & makin menggila! Menjadikan aku sebagai Ahadiat Akasyah's follower! Budak Setan, Budak Rap, Joy, Sekeping Kad valentine dan banyak lagi karya Ahadiat ada dalam simpanan aku sehingga kini.

Selain Ahadiat, aku juga antara pembaca karya Khadijah Hashim! Percaya tak, aku baca novel Badai Semalam dan Mira Edora masa umur aku 12 tahun! Selepas melewati usia remaja, aku berallih kepada author yang lain...mungkin selari dengan perkembangan minda dan peningkatan usia. Eh! Mungkin? Mana boleh mungkin...ini suatu kenyataan!

Karya-karya dari novelis-novelis terkenal seperti Ramlee Awang Murshid, Sharifah Abu Salim dan Noor Suraya menjadi pilihan NO.1 aku. Banyak karya mereka menjadi koleksi peribadi aku. Aku suka permainan bahasa dia orang, suka dengan jalan cerita yang membuai rasa dan aku memang suka! (Ops! Aku suka imagine watak-watak & kejadian dalam novel itu tetapi bukan meletakkan diri aku sebagai 'pelakonnya').



Selain dari mereka bertiga, aku juga ada membaca karya novelis lain, dulu aku cukup gemar dengan karya Norhayati Berahim dan Fauziah Ashari tetapi lama-kelamaan, novel mereka seperti satu bancuhan yang sama... Buat aku hilang teruja! Pilihan lain bagi aku, karya Salina Ibrahim (dia merupakan mantan editor di Karangkraf dan juga penulis undangan REMAJA...), Damya Hana, Aisya Sofea dan ramai lagi. Cuma aku bukan kemaruk sangat membaca karya mereka kecuali ada yang menarik perhatian aku. Tapi penulis baru seperti Siti Rosmizah (Andai Itu Takdirnya & Cinta Kau dan Aku), turut menarik perhatian aku.

Terbaharu, aku telah pun selesai menamatkan bacaan novel "Jaja Love Din", karya Noor Suraya. Aku suka sangat gaya bahasa dan jalan cerita penulis ini. Impressive! Teruja! Kagum! Terkesima! Cerita-cerita dia bikin aku senyum seorang, ketawa seorang dan menangis seorang! Untuk novel ini, memang aku terlalu suka! Kisah seorang gadis, Faiza Dr.Badrul Hisyam a.k.a Jaja yang hatinya sekukuh tembok sekeras batu terhadap cinta. Akhirnya hatinya terpesona dengan seorang lelaki yang warak yang dikenali hanya menerusi gambar.... Tetapi dia mengambil masa yang lama untuk menjejaki lelaki tersebut. Dan bila sudah dapat menjejaki Din, dia terus meminta keluarganya masuk meminang! Kahkahkah...memang lain dari yang lain!

Disebabkan rasa cinta yang mendalam, Jaja sanggup mengetepikan malu seorang wanita untuk melengkapi hatinya sendiri. Dan tanpa disedari, Din juga pemerhati Jaja sejak sekian lama biar pun lelaki ini tidak pernah mengakuinya. Tetapi terpaksa mengakui apabila cintanya terhadap Jaja memang tidak ada galang ganti! Indahnya.... Arghh! Aku sendiri terbuai rasa dengan novel ini....Novel yang dikembangkan selepas "Nyanyian Tanjung Sepi" tetapi kali ini membawa kisah dari anak-anak Dr Haslinda dan Dr Badrul Hisyam, dengan Dr Aqmar sebagai pembantu (dahulunya kisah cinta mak-bapak diaorang).



Seronok membaca novel, membuai rasa dengan perasaan yang entah apa-apa entah.... Tapi itulah kenyataannya...aku suka novel!

Ada 2 lagi novel yang sedang menanti aku memulakan pembacaannya; "Setenang Cahaya Hati"(Salina Ibrahim) & "Bila Sena Kembali Berbunga2"(Amaruszati Noor Rahim)..... (Kelekaan menghadap FB & Internet adakalanya membataskan aku membaca novel...adeiiii)...

NOTA KAKI : Entah bila pula giliran aku hendak menulis novel, asyik separuh jalan!

Tuesday, June 8, 2010

REMAJA 1 JUNE 2010



Tadaaaa!! Inilah hasilnya...berkat team work... Secara keseluruhannya, aku berpuas hati 60% dengan revamp content + layout ni. Tapi banyak bendak lagi yang kena amend n adjust sana sini.... MAsih dalam proses untuk ke arah itu...


Saturday, June 5, 2010

Frust dengan Lagenda Budak Setan...


Pagi ni...kol 10am, aku & adik2ku pergi Sunway Pyramid dgn matlamat nak tgk wayang + shopping... Nak sgt tegn Lagenda Budak Setan (LBS). Tgk pada thriller mmg gempak... baca review, mcm best giler.. so aku tak sabar nak tgk LBS versi filem ni.... seriously nak sgt tgk sbb aku mmg follower Ahadiat Akasyah dan novel Budak Setan Part 1,2,3 sampai last mmg aku follow...

Tapi apa yang amat mengiciwakan hati ni... filem ni x strong mana pun.... Plot yg sgt short cut even last scene ada notice, probably akan ada sequel... skrip yg sgt longgar... lakonan Farik Kamil (Kasyah)-Lisa Surihani (Ayu) x cukup mantap... Watak Raja Farah as Suzana ok.... Que Haidar as Azmi mmg class! Watak kengkawan Kasyah kat kolej, Nubhan (Sapi), Zoey (Chi Cai) & new comer dunno name (Man) x banyak membantu at all! Fazura as Kat ok cuma terlalu kejap sgt (mungkin watak dia lbh byk dlm sequel nanti... Lakonan new comer (dunno her name) as Emilia yg tranform after Ayu, pun sgt longgar.... reaksi muka tak brape menjadi.... takpe gak ler sbb ni 1st filem dia...

Selain dari pelakon2 yg buat x brape gempak mana pun filem ni...skrip dia..alamaakkkK! sangat skema...x best langsung... x touching! Dah ler plot very short cut! Cuba sinematografi agak menarik dgn camera shot yg blh dipuji.... selebihnya... SO SAD!

Aku taklah mengharapkan filem ni 100% follow novel... tapi at least, nak tukar atau nak bikin short cut pun jgn la melompat byk sgt... x puas tgk kasyah-ayu bercinta di kolej, agak x brape logik kasyah kena masuk hutan selama setahun terputus hubungan dgn dunia luar esp ayu semata2 buat tesis (rsnya dlm filem ni kasyah just degree student jer.... tp tesis cam  nak buat PHD), pastu masa kasyah frust ngan ayu, kawan2 dia x muncul langsung, suppose kasyah jumpa balik ngan sapi, man & chi cai masa dia nak kejar azmi kat kelab then dorang pakat kenakan azmi...tp plot kena tukar! fine!

adeii malas nak citer.... yg pastinya aku sgt frust dengan LBS versi filem..... x rasa nak nangis pun! dan paling ntah apa2, kasyah bleh bawak baby dia yg baru lahir ke kubur! weiii...guna baby real plak tu (bkn anak patung yg slalu org filem gunakan)..... dah ler masa panas rembang! kubur weii..sangat kesian baby tu...

Ok la malas nak citer... frust!