Welcome to my blog :)

rss

Saturday, May 8, 2010

Entahlah...

Semalam deadline bahan untuk 1 June... Aku terpaksa stay kat opis sampai kol 9pm... bayangkan aku ada kat opis dari jam 8am sampai 9pm! Adoii sangat lemau. Bertambah lemau bila mengedit bahan bebudak ni. Ada yang ok, tapi ada jugak yang hancus.. Rasa cam nak nangis pun ada mengedit story! Artikel yang sangat tidak berkualiti, setakat melepaskan batuk di tangga, asal siap...dan 'sampah'! Aku makin hilang sabar. Aku makin tak bersemangat. Aku semakin lemau! Sangat...sangat! Dengan bebanan yg...memang over loaded!

Pagi semalam dapat perkhabaran yang bekas editor aku dah hantar surat resign. Secara automatiknya, tempatnya akan kosong soon! Dia ada bagi cadangan pada management untuk aku menggantikan kekosongan yang ada. Tetapi pihak managament macam tak bersetuju. Alasan dorang, aku memang dah sesuai sangat dengan tempat skang, uwaaaaa.... aku sendiri dapat rasakan..tak sesuai langsung! Sangat sedih.. sangat sadis!



0 comments:

Post a Comment