Pagi Khamis 13/5/2010....dalam jam 8am, aku sampai kat opis... Pagi ni rasa excited sebab nak shoot cover dengan 10 artis lelaki terkenal tanah air.. Namun perasaan excited itu diragut pergi apabila mendengar perkhabaran duka...seorang sahabat yang dikenali sejak 5 tahun...seorang mantan wartawan dari majalah Dara.com..seorang wanita yang ceria, peramah, friendly dan suka gelak dan senyum.. kini dia sudah tiada di dunia fana ini. perjalanan hidupnya terhenti pada jam 3.30am... Ya...Aida Rofiza Mohd Yunos sudah tiada lagi.. Nafasnya sudah terhenti... Dia kini dalam berada di alam lain. Rasa bagaikan nak jatuh jantung ini bila mendengar perkhabaran ini. Arwah Aida...berasal dari N9, seusia dengan aku... Sepatutnya 30 Mei ini arwah genap 30 tahun. Arwah meninggal kerana fibroid...Arwah meninggal bersama kandungan berusia 3 bulan.... Tak tercapai dek diriku mengenang betapa struggle nya hidup arwah.. Kehidupannya tidak seceria dirinya.. namun dia tetap cekal menghadapi semua ini.
Al Fatihah untuk arwah. Sahabatku..semoga dirimu tenang di sana. Aku pasti akan menyusul...cuma entahkah bila masanya...
0 comments:
Post a Comment