PELITA (BY A.P.I)
Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir
Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir
Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya
Lagu ni...cam menggambarkan situasi aku sejak hampir 2 bulan yang lalu. Patah semangat, bersemangat sedikit, kemudian berubah suram semula, kemudian entah apa lagi entah... Semalam secara official aku as editor.. Terasa serba salah pulak. Umpama merampas tempat orang. So far belum berbicara dari hati ke hati lagi. Aku tau dia terasa...cuma buat-buat ok saja. Dari apa yang aku baca dari FB dia, yaa...mungkin dia terasa... Cuma aku harap tak ada yang cucuk dia...takde yang jadik batu api...tak ada dalang. Kalau ku tahu ada orang yang back stabber, aku akan direct dengan orang itu. Bukannya apa, rasanya semua orang kat opis tau tahu aku tidak menerima keadaan ini sepenuh hati...separuh hati pun tidak. Suku hati pun tidak. Dalam erti kata lain, takde hati langsung sebenarnya! Tapi semua atas dasar keterpaksaan...tidak rela. tapi tiada peluang lain. Ini saja... Hendak tak hendak..terima! Dan aku harap, orang itu jugak begitu....
Tuesday, May 25, 2010
Monday, May 17, 2010
Yang Terindah...
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah
NOTA KAKI : OST ADAMAYA : YANG TERINDAH by DEKMIE...
Sunday, May 16, 2010
Adamaya Episode 23 Final
Dah abis pun citer ni khamis lepas...malangnyaaaa...aku tak dapek tgk! Hampehs betoii.. Gara-gara Shaheizy Sam lambat datang shoot cover.. Suppose dia datang pagi.. Tapi kol 6.30pm baru dia datang sebab terlewat bangun n ada shoot ngan majalah lain... Dah ler hari tu aku penat gila sbb shoot cover dgn 10 artis lelaki... Tapi disebabkan Sam, penat pun tolak tepi..uhuks...
Promo Asmaradana (Samarida) EPISODE AKHIR @ Tv3! (4/5/2010)
Weekday..Jarang giler aku tido lambat melainkan layan CSI setiap rabu....Tapi disebabkan ASMARADANA, aku sanggup tido lambat kol 11....Alasan aku layan citer ni sebab ada Tiz Zaqyah & Shaheizy Sam... Best gak ler citer ni...
Saturday, May 15, 2010
Al Fatihah untuk sahabat yang ceria...
Pagi Khamis 13/5/2010....dalam jam 8am, aku sampai kat opis... Pagi ni rasa excited sebab nak shoot cover dengan 10 artis lelaki terkenal tanah air.. Namun perasaan excited itu diragut pergi apabila mendengar perkhabaran duka...seorang sahabat yang dikenali sejak 5 tahun...seorang mantan wartawan dari majalah Dara.com..seorang wanita yang ceria, peramah, friendly dan suka gelak dan senyum.. kini dia sudah tiada di dunia fana ini. perjalanan hidupnya terhenti pada jam 3.30am... Ya...Aida Rofiza Mohd Yunos sudah tiada lagi.. Nafasnya sudah terhenti... Dia kini dalam berada di alam lain. Rasa bagaikan nak jatuh jantung ini bila mendengar perkhabaran ini. Arwah Aida...berasal dari N9, seusia dengan aku... Sepatutnya 30 Mei ini arwah genap 30 tahun. Arwah meninggal kerana fibroid...Arwah meninggal bersama kandungan berusia 3 bulan.... Tak tercapai dek diriku mengenang betapa struggle nya hidup arwah.. Kehidupannya tidak seceria dirinya.. namun dia tetap cekal menghadapi semua ini.
Al Fatihah untuk arwah. Sahabatku..semoga dirimu tenang di sana. Aku pasti akan menyusul...cuma entahkah bila masanya...
Restless...:(
Dah nak masuk 2 bulan aku handle remaja...banyak tertelan hempedu dari madu. Masih memacu ke track/route yang diinginkan sehingga terpaksa melepaskan atau mengabaikan banyak perkara. Nak buat macamana kannn...
Setiap Jumaat deadline! Gila betul...Macam buat weekly pun ada... Jumaat minggu ni deadline Grafik/PDF..Jumaat minggu depan deadline bahan.. uwaaaa...camne aku nak cuti panjang pun tak tahu. Plan nak pi singapore dengan Zeeka, Ina & Acha...tapi rasanya aku akan ketinggalan.. tension.
Hari ni...keja...Sempena Karnival Belia Kebangsaaan kat Putrajaya..Alahai..takde apa sangat pun. Buat penat badan jer.. Dah le panas... Esok plak ada Hi Tea Hari Ibu NONA kat PWTC.. Kena ler pegi nak support 'mummy' kan... Next Sunday plak ada dinner Yayasan Nur Karangkraf.. wajib pegi tu.. yelah..aku kan baru jadik editor, so kena ler take part benda-benda camni...
Penat ler..otak penat..badan penat. semuanya penat!!!
Saturday, May 8, 2010
Entahlah...
Semalam deadline bahan untuk 1 June... Aku terpaksa stay kat opis sampai kol 9pm... bayangkan aku ada kat opis dari jam 8am sampai 9pm! Adoii sangat lemau. Bertambah lemau bila mengedit bahan bebudak ni. Ada yang ok, tapi ada jugak yang hancus.. Rasa cam nak nangis pun ada mengedit story! Artikel yang sangat tidak berkualiti, setakat melepaskan batuk di tangga, asal siap...dan 'sampah'! Aku makin hilang sabar. Aku makin tak bersemangat. Aku semakin lemau! Sangat...sangat! Dengan bebanan yg...memang over loaded!
Pagi semalam dapat perkhabaran yang bekas editor aku dah hantar surat resign. Secara automatiknya, tempatnya akan kosong soon! Dia ada bagi cadangan pada management untuk aku menggantikan kekosongan yang ada. Tetapi pihak managament macam tak bersetuju. Alasan dorang, aku memang dah sesuai sangat dengan tempat skang, uwaaaaa.... aku sendiri dapat rasakan..tak sesuai langsung! Sangat sedih.. sangat sadis!
Pagi semalam dapat perkhabaran yang bekas editor aku dah hantar surat resign. Secara automatiknya, tempatnya akan kosong soon! Dia ada bagi cadangan pada management untuk aku menggantikan kekosongan yang ada. Tetapi pihak managament macam tak bersetuju. Alasan dorang, aku memang dah sesuai sangat dengan tempat skang, uwaaaaa.... aku sendiri dapat rasakan..tak sesuai langsung! Sangat sedih.. sangat sadis!
Saturday, May 1, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)