Welcome to my blog :)

rss

Sunday, November 28, 2010

Jang Ri Inn ft. Xiah junsu - Timeless [part 1&2] no cut

Sunday, November 7, 2010

Happy 34th birthday to HIM....

07th November 2010..birthday dia ke 34 tahun. Dulu aku pernah berjanji untuk tidak menulis mengenai dia lagi. Terlalu banyak catatan mengenainya di 'rumah lama'. Tapi entahkan mengapa..di saat ini...ingatan kembali terbang melayang... mengingati sebuah memori yang tercipta 11 tahun yang lalu. Cuma tak perlu untuk mengungkapnya sekali lagi.. Cukuplah sekadar mengingatinya di hati...




Nota Kaki : Cinta Dalam Hati...

TANGGA-TANGGA KE PINTU BAHAGIA

Mana silapnya arah yang aku jejaki

Yang ku temu hanya pintu sepi

Dalam keriuhan ku rasakan kekosongan

Jiwaku dahaga kasih sayang

Masih tak bertemu yang kucari dulu

Hati masih berlabuh

Dalam langkah perjalanan terkeliru

Hilangnya arah tuju

Sungguh lama terpisah pandangan

Sejak detik akhir pertemuan

Jauh meninggalkan dirimu dan diriku

Terpisah bersama waktu

Sejauh mana sekalipun aku berlari

Ingatan padamu menghantui

Aku tak mengerti dan tidak ku mampu lagi

Menahan gelora hati ini

Ingin ku kembali ke jalan yang dulu

Aku rindu padamu

Moga dibukakan semua pintu-pintu

Untuk ku bersamamu

Ingin aku mendaki semula

Tangga-tangga ke pintu bahagia

Mencari cahaya cinta yang sebenarnya

Antara aku dan dia




Tuesday, November 2, 2010

Nasib Orang Bujang...

Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)

Bila nak kawin???
Aduuuhh…aku disoal lagi
Kawin???
Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata (aku ambil tunang @ suami kau, baru padan muka)

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa…haa…haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyyy)

Bila nak kawin???
Aaahhh….sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.

MORAL OF THE STORY : DONT ASK!



(FROM TENTANGCINTA.COM)