Welcome to my blog :)

rss

Thursday, December 31, 2009

Happy New Year..welcome 2010...goodbye 2009...

Assalamualaikum..

Titipan pertama untuk tahun 2010...dekad baru...lapangan baru di Blogspot. Tepat 12am, masuklah sudah tahun 2010 dan dekad baru. Begitu pantas masa berlalu... Sepanjang tahun ini byk pahit manis yang aku lalui. Tak terluah untuk dicoret satu persatu. Apa pun, syukur pada Yang Maha Esa kerana aku diberi kesempatan untuk meneruskan perjuangan dalam hidup.

2010...bermakna usia aku bakal mencapai 3 dekad. menggembirakan? mengharukan? Syukur! itu yang patut dilafazkan. Biar pun di usia ini, pasti banyak mulut yg akan bertanya bilakah aku hendak menamatkan zaman bujang. Apakah jawapan yang patut aku berikan? Itu kena tanya Yang Maha Esa kerana aku sendiri tak punya jawapannya. Aku tenang2 saja menerima ketentuanNya kerana sialah aku untuk mempersoalkan atau menidakkan takdir yang sudah termeteri sejak di Loh Mahfuz. Cuma aku ralat apabila masih ramai yang berfikiran ortodok sering melemparkan soalan sebegini. Sadis sungguh bila bertanyakan takdir seseorang! Sedangkan takdir diri sendiri entahkan apa.

Apa harapan aku untuk tahun ini? Pertama semoga dikurniakan kesihatan yang sempurna, murah rezeki, kebahagiaan dan ketenangan hati & emosi. Itu pasti. Azam? Entah aku tak pernah menitipkan sebarang azam kerana aku seringkali membuat perancangan secara mendadak dan so far hasilnya alhamdulillah biarpun perancangan itu meiibatkan masa hadapan aku sendiri.
Bagi aku, hidup ini adalah suatu perjuangan...bukan perjudian seperti mana yang sering dicanang2kan oleh kebanyakan orang. Aku menganggap hidup ini sebagai suatu perjuangan agar aku akan terus berjuang tanpa henti untuk membuatkan hidup aku lebih baik dari sebelum2 ini. Selagi nyawa masih dikandung badan, insyaallah perjuangan akan tetap diteruskan.


Kedua...apa yang aku inginkan pada tahun ini dan tahun2 akan datang. banyak sangat. biarlah aku titipkan di dalam doa2ku kepada Tuhan. Biar aku dan Tuhan saja mengetahui. Lebih afdal. Tak perlu untuk aku canangkan disini kerana ia melibatkan pelbagai perkara.

Untuk sesiapa yang membaca blog aku, aku nak mintak maaf banyak2 dari dasar hati....andai aku ada melakukan kekhilafan dan sebagainya. Aku mendoakan agar apa yang kita hajatkan akan dimakbulkan Yang Maha Esa. Apa yang penting ia harus disusuli dengan usaha dan doa. Insyaallah....