Welcome to my blog :)

rss

Sunday, January 31, 2010

Jodoh....Itu urusan Yang Maha Esa...



Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..

Dia datangkan petir dan kilat..

kita menangis dan tertanya-tanya,

kemana hilangnya sinar..

Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

 
`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas

kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang

lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

 

Apabila CInta Tiada Lagi...

Laporan Minguan Malaysia 31/1/2010


Apabila cinta tiada lagi



Oleh NORAINI ABD. RAZAK


ORANG kata masa bercinta semuanya indah. Bila ditanya, pasangan kekasih pantas memberi ulasan. Kata-kata melankolik dan retorik menghiasi dunia percintaan. Ketika itu perkara remeh temeh tidak dihiraukan. Kalau dimarahi kerana terlewat atau terlupa, tidak mengapa.


Sedikit rasa marah terubat dengan pujuk rayu. Di awal percintaan, pasangan kekasih sanggup sehidup semati. Segala sifat buruk disimpan rapi. Yang ditampilkan semuanya yang baik-baik. Makan penuh beradab, tutur kata penuh tertib, penampilan pula sentiasa kemas dan kelihatan cantik atau segak.


Segala rahsia percintaan disimpan berbunga di dalam hati. Jika ada yang bertanya akan terpacul susunan ayat seperti ini. Kami serasi, saya telah bertemu pasangan hidup, dia seorang yang penyayang, penyabar dan pelbagai lagi. Tidak ada kata-kata nista semasa bercinta. Yang ada hanya kata-kata pujian dan ayat-ayat cinta yang mampu mencairkan perasaan. Masa bercinta juga sarat dengan taburan janji.


Sanggup meredah lautan api, jika si kekasih mahu menikmati secangkir kopi, biar pun hujan lebat sanggup saja dituruti. Janji diukir umpama memahat pokok getah tanpa memikirkan kesannya akan kekal di situ selagi pokoknya tidak tumbang.Semuanya boleh dilaksanakan. Tiada yang tidak boleh, tiada yang mustahil, tiada juga halangan. Taburan janji umpama butiran pasir di pantai - tanpa disedari akan ada ombak yang datang membawa bersama pasir-pasir itu.


Boleh saja dikatakan orang bercinta umpama lupa kepada dunia realiti. Lupa, bahawa bukan semua percintaan akan berakhir di gerbang perkahwinan, dan tidak semua perkahwinan akan kekal selamanya.
Sebab itu apabila kasih mula menghambar dan cinta semakin pudar, ada pasangan kekasih lupa rutin semasa bercinta. Segala rasa sayang sekelip mata bertukar benci. Semua janji terlerai tanpa ada satu pun yang melekat di hati. Yang dulu serasi bertukar benci, kalau dulu sangat memahami kini semuanya tidak dimengerti.


Lebih memedihkan pasangan bercinta hanya sedar tentang realiti apabila putus cinta. Semua perangai buruk yang ketika bercinta boleh ditolak tepi muncul satu persatu menambah sakit hati. Keadaan itu berlaku terutamanya apabila bekas kekasih ada pasangan baru. Kalau dulu pasangan kekasih mahu berkongsi keceriaan dan keindahan bercinta dengan dunia, kini sebaliknya.


Segala sifat buruk bekas kekasih tidak lagi bertakhta di hati. Semuanya didedahkan, tanpa ada rasa bersalah dan tidak diketahui apa matlamatnya. Mungkin tidak mahu orang lain jatuh hati kepada bekas kekasih atau sebagai peringatan kepada bakal kekasih agar berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa seterusnya.


Ketika itu tidak timbul lagi soal menjaga hati. Sedangkan sepatutnya apa pun yang terjadi - sama ada bahagia atau derita di penghujung kisah cinta - tidak boleh dijadikan alasan untuk berpaling tadah. Bukan juga alasan untuk memburuk-burukkan pasangan apatah lagi menerusi media yang menjadi tumpuan umum.


Hakikat masam dan manis percintaan mesti diterima. Mendedahkan keaiban bekas pasangan bukan kaedah terbaik untuk memadamkan kisah cinta yang sebelum itu disulam indah. Ia juga tidak akan membantu memperbaiki hubungan yang telah terputus sebaliknya akan menambah buruk keadaan. Jika cinta tiada lagi, maka biarkan ia berlaku pergi. Jangan diungkit segala sakit hati dan cuba mendedahkan keaiban bekas kekasih. Natijahnya tidak mustahil satu hari nanti keburukan diri sendiri akan tersebar luas. Bercinta untuk bahagia, tetapi tidak bercinta pun belum tentu tidak bahagia. Ini kerana cinta membawa maksud yang sangat luas. Dan kebanyakan cinta tidak bertahan lama. Ada jodoh menjadi penentunya dan ada ajal yang menjadi pemisah. Justeru hakikat cinta mesti diterima. Jika kita sedia untuk bercinta maka kita mesti bersiap. Bersiap untuk hanyut dalam keindahan bercinta, mengharungi segala rasa sakit hati dan membendung rasa benci.


Seronok ke dilamun cinta? Mungkin seronok berbanding dengan perasaan sepi. Kadangkala seronok bila bercinta, tetapi ada ketika sengsara. Argh! Itu senario cinta namanya. Cinta bagi aku? Emmmm.... Aku belum merasai CINTA yang sebenarnya...Atau dalam erti kata yang lain, Cinta Sejati...MUngkinkah ada cinta sejati untuk aku? Jawapannya ada pada Yang Maha Esa.

Lelaki Melayu Tidak Romantik?

Laporan Mingguan Utusan 31/01/10

Lelaki Melayu tidak romantik?


Oleh NORAINI ABD. RAZAK


LELAKI Melayu tidak romantik? Pasti ada yang bersetuju dan sebaliknya. Persoalan ini bukan baru. Ketika pekerja asing terutama dari Bangladesh dan Pakistan berduyun-duyun masuk ke Malaysia, isu ini hangat diperkatakan.


Khabarnya gadis tempatan berpinar mata untuk membuat pilihan.


Selain kelihatan segak, bergaya - lelaki asing dikatakan ada faktor ekstra iaitu romantik. Tidak kurang juga memilih lelaki dari negara sempadan. Sampai sanggup buang emak, buang saudara semata-mata mahu mengikat kasih dengan lelaki bukan Melayu.


Bagaimanapun pula lelaki bukan Melayu tempatan. Lelaki berbangsa Cina, India? Romantikkah mereka berbanding kaum sejenis tetapi berketurunan Melayu?


Bertambahkah angka perkahwinan campur antara gadis Melayu dan lelaki bukan Melayu? Jika meningkat mungkin boleh dijadikan fakta sokongan bahawa lelaki bukan Melayu memang romantik. Sebab itu agaknya mereka berjaya menambat hati gadis Melayu.


Istilah romantik pun bukan lahir dalam masyarakat Melayu. Ia istilah bahasa Inggeris, yang jika dirujuk kepada kamus diterjemahkan menjadi romantis. Tidak ada penjelasan lanjut perihal romantis.


Justeru romantik atau romantis itu sifat sebenarnya sangat subjektif. Boleh jadi ia gabungan sifat penyayang dan mengambil berat. Atau ada elemen membeli jiwa yang keterlaluan - bak kata anak-anak muda sekarang ini tangkap lentok, tangkap leleh.


Ada juga mengaitkan romantik dengan sikap mengambil berat bagi perkara yang dianggap oleh lelaki Melayu remeh-temeh. Misalnya sanggup bangun memberi tempat duduk kepada wanita. Maknanya ada elemen baik hati dalam romantik.


Lelaki Melayu tidak kisah benda remeh-temeh. Untuk bangun memberi laluan atau tempat duduk sememangnya bukan perkara yang gemar dilakukan oleh lelaki Melayu.


Bukan juga amalan lelaki bukan Melayu tempatan. Justeru jika dikatakan lelaki Melayu tidak romantik mengambil kira keprihatinan perkara remeh-temeh, memang ada benarnya. Tetapi bukan lelaki Melayu saja. Pendek kata semua lelaki tempatan bersifat begitu.


Itu belum lagi disentuh bab mengingati tarikh-tarikh penting seperti hari jadi, ulang tahun perkahwinan, tarikh bertemu yang bagi wanita atau gadis sangat penting. Memang bagi wanita semua tarikh penting, malangnya tidak bagi lelaki


Sebab itu ada lelaki Melayu menghantar sejambak bunga dua hari sebelum ulang tahun kelahiran isteri atau teman wanitanya. Bila ditanya untuk apa bunga itu, dia baru tersedar dan memberi alasan kononnya kejutan pra hari jadi. Itulah lelaki Melayu. Bukan saja tidak romantik, tetapi golongan itu juga selamba dan dikatakan bijak membuat alasan.


Kesemua itu bertujuan menutup kesalahan dan kelemahan yang amat ketara iaitu tidak romantik.


Ada juga berpendapat, lelaki tempatan terutamanya Melayu romantik berkala. Ada masa tertentu alahai romantiknya dia. Apabila taufan melanda, hilang romantik - tanggung sajalah padahnya.


Popular


Bercakap mengenai lelaki warga asing romantik, perlu dilihat juga sejauh mana benarnya rumusan itu. Lelaki asing menumpang di negara ini. Semestinya mereka mahu mengambil hati semua orang. Lebih-lebih lagi hati anak gadis. Kadang-kadang jiwa isteri orang pun cuba dibelinya. Untuk menjadi ‘popular’ di negara orang, maka antara yang perlu ditonjolkan adalah sifat romantik.


Sebab itu apabila hutang karpet tidak dibayar, jawab penjual karpet warga asing dengan nada romantik : ‘‘Tidak apa, lain hari saya datang boleh bayar.’’


Semestinya romantik itu untuk membeli hati atau dengan ayat yang lebih tepat mahu jaga kepentingan diri agar diterima masyarakat setempat. Lebih daripada itu dapat memikat gadis tempatan. Selesai kasih terjalin dan hubungan dipateri dengan ikatan perkahwinan, romantik ke mana ambil berat pun melayang nun di sana.


Lebih malang lagi ramai gadis ditinggalkan begitu saja. Umpama habis madu sepah dibuang. Sifat romantik lelaki dijaja pula ke tempat lain atau kembali ke negara sendiri. Ketika itu menjelmalah sifat sebenar lelaki - tidak kira sama ada warga asing, Melayu atau bukan Melayu.


Apa sifat sebenar itu? Sememangnya lelaki Melayu tidak romantik. Rakan sekerja - lelaki - membuat pengakuan jujur bahawa lelaki memang tidak romantik. Sempat dan selamba dia menambah: ‘‘Bukan saja tidak romantik, lelaki boleh saja dikatakan gatal!’’


Tidak ada rasa bersalah sedikit pun lelaki itu membuat pengakuan. Jika lelaki sendiri mengaku sedemikian, maka apa lagi yang boleh dirumuskan oleh wanita. Tidak kira tempatan atau asing - itulah lelaki. Paling ketara, lelaki tidak suka perkara remeh-temeh. Apa saja berkaitan remeh-temeh diserahkan kepada wanita.


Lelaki tidak betah melakukan perkara kecil-kecil, lantas wanita diberi tugas sedemikian. Sedangkan bagi wanita tiada benda di dunia ini remeh-temeh. Semuanya penting dan mesti diberi keutamaan. Sebab itu wanita mampu mengingati tarikh, sering mengalah dan sarat dengan kemaafan.


Biarpun lelaki mendabik dada bersikap sama rata dan menghormati wanita, namun dalam kebanyakan hal tidak begitu. Lelaki masih berselindung di sebalik ego dan bertindak secara ‘tersurat’ tidak membenarkan wanita menandingi mereka.


Romantik


Lelaki juga terlalu mengutamakan ego, jauh menidakkan lagi kenyataan kononnya golongan itu romantik. Lantaran ego juga adakalanya lelaki tidak kisah kehilangan atau melepaskan miliknya. Lantaran ego itu juga adakalanya lelaki ‘menggantung’ pasangan hidupnya.


Tuhan mengatur lelaki dan wanita berpasangan, tetapi Tuhan tidak menetapkan lelaki itu lebih mulia dari wanita semata-mata sehingga melayakkan mereka mengetepikan hak wanita itu sendiri.


Biar tidak romantik, lelaki sepatutnya ada rasa hormat terhadap wanita. Wanita bukan tempat dilontarkan kata-kata yang sarat dengan ‘maksud berlapik’. Lantaran lelaki mesti ingat, dalam hidup mereka ada ibu yang melahirkan mereka ke dunia - ibu itu ialah wanita. Justeru romantik bukan kriteria penting untuk wanita memilih lelaki, ada yang lebih daripada itu - sikap menghormati.

Wednesday, January 27, 2010

Kerna Allah sayang aku

"...dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia dalam surah Al Anbiyaa' 21:83 Allah berfirman..dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang."

Titipan dari Qobin...dia baru tahu keadaan aku... katanya, " ini semua kerana Allah sayang akak"..Thx dik.....

Tuesday, January 26, 2010

Tak suka nak menyusahkan sesiapa....

Aku menulis kali ini dengan perasaan yang entah apa-apa entah. Ekoran percakaran yakni pertelingkahan dengan seseorang yang sedarah dengan aku. Ya, membuat pertuduhan melulu dengan mengatakan aku kurang respect apabila aku meletakkan perkataan 'budak' yang bagi aku cuma perkataan common atau keterbiasaan buat pekerjaan aku. Di mana terma respect bagi dirinya sendiri? Aku tak tahu. Apa yang aku tahu, dia cuma menterjemahnya sebagai satu perkataan yang tidak berhemah, lantas berlaku perang dingin sekali lagi. Ya, aku mengaku perang dingin antara aku dengan dia kerap kali tercetus sejak dia mendirikan rumah tangga. Di mana silapnya? Aku tak tahu.

Perasaan amarah yang aku rasa aku boleh mengawalnya tetapi sering kali disalah ertikan. Kenal atau tidak? Tak perlu hendak membuat pertuduhan melulu atau jump into conclusion. Kalau tak tahu, baik bertanya dari terus menerus buat syak wasangka yang bukan-bukan. Sedih.

Aku hormat dia. Tapi bila berlaku hal sedemikian, adakah dia memahami aku? Tidak. Seperti mana aku memang tak memahami dia atau pun kurang 'mengenali' dia biar pun sudah hidup nak masuk 30 tahun ini. Banyak perkara sudah berubah bukan?

Kita boleh diberi nasihat andai betul caranya, Kita boleh mendengar nasihat jika ia relevan dan sesuai penyampaiannya, Tak perlu nak menuding jari pun. Lagi pun perkara sebegini pasti aku tak punya sokongan dari orang dalam kompaun yang sama, melainkan orang yang betul=betul paham dengan aku. Ntah, Aku tak nak seret sesapa pun. Biarlah...biarkan...nanti lama-lama OK lah balik. Yang penting, aku nekad tak nak menyusahkan dia & teman sekatilnya. Hal sendiri, urus sendiri.

Kalau boleh aku memang tak nak menyusahkan sesiapa. Waima dalam keadaan aku sekarang yang kurang sempurna. Tetapi sebolehnya aku nak buat sendiri urusan aku. Hanya 1 alasan..aku tak nak menyusahkan sesiapa. Aku duduk kat hospital pun, aku tak harapkan ada orang yang temankan aku. Biarpun aku terlentang kat toilet sebab gagal imbangkan badan, tapi aku steady jer. Biar pun aku sukar nak tukar banu, apatah lagi nak mandi atau keperluan lain. Aku gagahkan diri buat sendiri. Sebab aku terfikir, orang yang betul-betul kurang upaya yakni tak sempurna anggota badan pun boleh berdikari, Apatah lagi aku yang cuma hilang upaya sementara ini. Sedangkan aku memang nak balik rumah sendiri dengan teksi lagi tu. Jadi tak perlu nak menyusahkan sesiapakan.....

Aku masih bersyukur dengan kurniaan Allah. Dan aku belajar dari kekurangan ini...

Nota kaki : Pelikkan, kengkadang orang yang lebih tua ni rasa dirinya sudah terlebih makan garam.

Sunday, January 24, 2010

Home sweet home...finally!

Day 6 @ TMC...9am pegi fisio...wat latihan kaki..uhuks.


Ni latihan jongkang jongkit namanya..hehehe..

Then 10am Dr.Soong datang jenguk, wat dressing and he ask me...."U want to stay here or go home?"....secara sepantas kilat aku jawa, "Go home!"...dia gelak....dia kata ok tapi 28/1 ni aku kena check up...So sekali lagi (dah banyak kali sebenarnya) dia remind aku supaya jangan berjalan (tanpa tongkat). restkan kaki. buat exercise kaki dan dia nak tengok good news dalam masa 4-6 week... mungkin aku akan kena wat MRI lagik (kena admitted 1 malam arr jawabnya) untuk result... Ok..bla..bla..bla..settle secara urusan...

Sayonara PEARL WARD...nurse2 dia baik gila...May GOD bless u all!



HOME SWEET HOME...

Dan tergambar wajah gumbira mak ayah bila tengok aku balik...hehehe....dan mak bagik warning keras "Hah! Jangan nak berjalan2, nak apa cakap kat mak..." Ni lah masa nak bermanja! Chewaaahhh (Ijot, ko jgn jeles ek....hahahaha)...Ayah pun sempat practice tongkat aku, dia ckp teknik aku bertongkat salah...hahahaha...melompat2 katanya...uhuks.

Seronok bila dah balik kat rumah....Tiger pun rindu kat aku...dia melekat jer kat umah..hehehe..ok....6 week on MC...apa mau bikin? Jeng..jenggg...jengggggg!

Hopefully sharp 4-6 week (aku harapkan 4 week jer) aku fully recover...tak fully pun at least 80% recover untuk aku lenjan big project this upcoming march...ops tak bleh reveal skg..tunggguuuu......




Nota Kaki : Kawan? Kawan ek...emmm....Biar aku mengomel dalam hati sajalah....Hanya aku & Allah saja yang tahu...

Friday, January 22, 2010

Day 5 @TMC....meh blaja catwalk guna tongkat!

Adeiii bila tak bleh bangun dari katil....semua 'urusan' atas katil..sangat merimaskan. Nurse cakap, tunggu aku pi fisioterapi, baru bleh bangun....leceh tul...dah tu terasa agak sakit sikit, terus kena makan pain killer...






Kaki kena bungkus ngan wap ais untuk kurangkan bengkak & rasa sakit.



Adeiii..benda ni lagik sakit dr kaki... nasib baik masuk 1 botol air jer.


Kol 9.30am, ahli fisio, Shashi, ambil aku kat wad terus bawak ke rehab centre.. 1st, kena exercise kaki...goyang kiri kanan..depan blakang...atas kaki diletakkan ais...

Then seorang lagi ahli fisio, Brendan, ajar aku catwalk guna tongkat....memula kena carik tongkat yang sesuai ngan saiz aku...ahahaha...

Tadddaaa.....my new 'leg' siap belajar kaki neraka & kaki syurga. hahaha..


Abis saja fisio, melepak laaah atas katil lagik..tp aku dh boleh pi sendiri toilet...guna tongkat arr... takde arr nyusahkan nurse2 lagik..cian dorang...ni ngah pikiaq, camner aku nak mandi! nak syampu rambut lagik..uwaaaa....

Dinner at 6.30pm..ntah apa ler pilihan aku utk dinner ni....western konon..cet...tadak nasi mmg silap besar! Dah ler lunch x makan nasi..sabaq perut! coklat cadburry ada lagik kalau lapar..




Kol 7.00pm, Dr.Soong jenguk..."How is your leg?".....Cam biasa aku jawab, "Ok doctor...." lemau jer jawab..then dia bukak bandage....jeng..jengg..jengg..ni ler hasil tebukan kan ankle aku...adeiiii...


Eiii...aku yg seriau!... "No need to bandage anymore, i''ll see u again tomorrow.. if nothing more serious and u get better, u can discharge 1-2 day more..."said Dr.Soong...

Orait! Skg mmg pikir nak balik! Dan ngah pikir camner nak uruskan diri...mandi...etc...elehhh..small matter arrr...u can do it lah izwa...adeii sejuk...hujannnnnn....