Welcome to my blog :)

rss

Saturday, January 16, 2010

Kenapa aku suka Tazmania?



Rasanya kawan-kawan rapat aku (keluarga aku lagik arrr..) tahu tahap fanatiknya aku terhadap TAZMANIA, watak kartun dari group Looney Tunes yang diilhamkan oleh Warner Bros . Nampak saja apa saja barang atau pun imej yang melibatkan Tazmania, aku jadi tak tentu arah. Akan beli mana-mana koleksi yang belum ada tak kira harga. Kenapa aku suka Tazmania ye?

Al Kisah yang bermula di tingkatan 3. Flash back...


Time tu -1995- aku ketua kelas 3 Hormat, iaitu kelas yang berada di ranking terakhir dalam tingkatan, di SMSSAAS. Aku new student selepas berpaling tadah dari SMKJ. Tapi terus dilantik sebagai ketua kelas. AKu memang agak strict dan garang, mungkin disebabkan pengalaman akus ebagai KETUA DISIPLIN di SMKJ. Tapi di 3 Hormat, aku xde extreme strict, kena gila-gila and sporting, kalau tak, memang kena boikot kot ngan classmate aku. Ok. Time tu plak citer Space Jam tengah hot in town. dalam citer tu ada TAZMANIA. Kalau tengok pada karakter Tazmania, suka kelam kabut, garang, cepat gelabah tapi berjiwa romantik. Chewah. Dan orang yang memberikan gelaran Tazmania pada aku ialah Azlin Abd Aziz, iaitu classmate aku merangkap crime scene partner aku. Dailognya lebih kurang camni, "Ko ni Aie, sebijik cam Tazmania. Kelam kabut, garang tapi jiwang!"...hahahah..ops! Aie? Hah! Itu nickname aku kat SMSSAAS. Semua orang kenal aku dgn nama itu. (Kalau kat SMKJ, cuma Dilla jer panggil aku ngan nama ni). So terlekat ler gelaran TAZMANIA itu..

Dan aku cukup tertarik dengan karakter TAZMANIA ni. Dah lah comel. Dan tak ramai pengikutnya (orang lebih ramai minat Garfield, Hello Kitty & Pooh). Aku ni plak memang jenis, lebih suka benda2 yg lain ni. Wakaka... Yang bestnya, masa besday aku yang ke 16 tahun, angah sponsor buat besday party dan kek aku..TAZMANIA. Nanti aku carik gambar and tempek kat sini. Dan aku jugak kerap dapat hadiah dari keluarga dan teman-teman rapat yang paham dengan kegilaan aku ni. waima pemberian itu kecil atau murah, bagi aku ia sudah cukup bermakna & buat aku excited giler!




So sampai sekarang terlekatlah kegilaan yang satu ini. Sampai anak-anak buah aku pun selalu cakap, "Mak Lang ni garang cam Tazmania.." hahahahha... dan aku pun selalu menggunakan TAZMANIA_LOVER sebagai nickname dalam kebanyakan urusan tak official.

Dan secara kesimpulannya...kenapa aku suka Tazmania?

1) Sebab dia cute.
2) Sebab karakter dia lebih kurang cam aku jugak.
3) Sebab tak ramai orang yang minat.
4) Banyak merchandise Tazmania agak sukar untuk di dapati..so kira eksklusiflah!
5) Dah memang aku suka TAZMANIA...so nak wat camner kan! Hahaha...


Kronologi hari yang sangat memenatkan...

Sebenarnya aku tak penah menganggap blog sebagai diary. Selalunya aku cuma menulis sesuatu yang terlintas dalam hati & akal fikiran. Tapi untuk catatan hari ni, aku nak menulis pasal hari ini...hari yang telah aku lalui....


Saat ini, aku terlalu lelah, penat & lesu selepas menjalani tugasan di pejabat dan luar pejabat dari jam 8:30 pagi sehingga 7:30pm. Sebenarnya teramat jarang aku balik lewat sebegini. Even tak siap kerja waima deadline sekali pun, aku akan balik on time...Tapi hari ni, bagai tak cukup masa untuk membereskan semua kerja. Ini kronologi aku untuk hari ini....

Selepas breakfast & t'taklimat'(sekadar sembang saja...) ngan editor aku (yg turut membuat 1 kejutan besar yg aku x sangka sama sekali....sangat!), aku bergegas ke Trafik Shah Alam sebab nak bayar saman. Saman? Iyerrr..Speed trap maaaa!!! Date : 14/11/2009 jam 10.35am lokasi : Taiping. Hah! Date tu aku on the way balik dari kampung (Kedah)..kelajuan? Ala...juz 124km/h saja...padahal sebelum tu aku dah terSPEED 150km/h! ok fine...dalam surat kompaun tertulis RM300...sampai kat balai....buat semakan tak sampai 5 minit..settle! Tapi terbang RM200! hawau betooiii!!! (Nasib baik dpt 'reward'!..Alhamdulillah...ada lah duit belanja sampai cukup bulan).

Balik opis..ops tak masuk opis....ambik Paan (Graphic Designer aku) utk ke Kilang Yeos (dekat jer ngan opis aku, tapi jdk jauh sbb kena pusing jauh!). Sebab nak ambik sponsorship dari dorang utk Karnival Karangkraf (Alamak..mata aku kian layuuuuu di saat ini!). Tunggu hampir sejam, baru proses logistic settle...dengan jumlah karton air tin/kotak yang terpaksa diangkat hampir 50 karton. Membuatkan keta aku memang lowed giler sampai tak muat...Sampaikan terpaksa roger editor aku utk mengangkut lebihan karton menggunakan Exora dia..Balik opis angkut pulak karton2 tu dlm opis (tp sebaik ada krew MH yang tolong....memandangkan Maskulin tak cukup main power ketika itu)... Settle.
Chit chat chit chat ngan editor aku jap..then baru nak ngadap komputer, JJ (dr secretariat dept.) mesej cakap MASKULIN FEB dah kuar..so bergegas ke unit dia n collect...sebab aku teruja gila dengan FEB ISSUE...Hasil seliaan aku yang kedua (sbb time tu editor aku cuti bersalin). Belek punye belek dengan perasaan teruja...tup..tuppp..di bahagian belakang majalah baru perasan kesilapan pada iklan! Uwaaa..jiwa aku terbang melayang seketika..nak bagitau editor aku, dia ada plak guest... Sok hajat nak explain kat dia tergendala till Lunch.

Pas Lunch....(Hari ni lunch kat KFC 18 ngan sekutu aku sambil mendengar luahan JJ pasal kehidupannya sbg seorang isteri....)

Terus citer ngan editor aku pasal kesilapan teknikal tu...So aku ngan paan kena menghadap dia....tp tak boleh nak pin point kat sesapa pun. Sbb ni memang kecuaian aku ngan paan...Paan cuai sbb salah letak layout. Aku cuai sbb terlepas pandang masa check PDF and terus sign utk approve... terus aku migraine! So bersiap sedialah menanti MEMO kalau kesilapan ini disedari..... memang kena FIRE STONE punyer ler!

Sesi kelam kabut tak berhenti setakat itu saja. 2.45pm, Shaheizy Sam dtg dengan mummy dia...Hah! Hari ni aku shoot cover dengan Sam. So lepak kejap ngan dia kat kafe, berkenalan kununnya. Sam nampak lesu, penat & ngantuk! Mula2 tu agak susah nak approach dia. Bukan bermakna dia sombong... cuma dia introvert! (dalam ngan sembang tu, dpt call dari Yeos sbb dorang dah tersilap kasik sponsor! uwaaaa...)...

Bagi aku, bukan senang sebenarnya nak approach Sam...agak mengambil sedikit masa dan kena sabar. Sebb dia introvert, so dia jenis tak byk ckp. dahlah dia ngah ngantuk so cam berada di awang2an. Tapi sebenarnya...dia OK! Bila dia dah OK, mood dah OK (mummy dia ckp sam slalu PMS! dan Sam ngaku dia slalu mood swing!)...Tapi nasib baik diakhir2 shooting, mood dia OK...boleh gila2...krew aku yg terbabit dlm shooting pun enjoy....dan last2 Sam enjoy dengan shooting session tu! dan dia sangat berpuas hati dengan layanan maskulin. dengan hasil gambar (ini cover Maskulin pertama yang di shoot oleh Remy! Cayalah beb!). Dan shooting berakhir pada jam 6.30pm..wrap up!

So tak boleh balik lagi, aku kena copy keja2 aku yang terbengkalai dlm thumb drive. Sbb probably aku kena MC dlm 3minggu ke sebulan sbb masalah kaki aku...Probably kena minor operation! Yes! kaki aku sangat sakit hari ini. Aku over active! Sangat active! So kaki aku sakit....uwaaa....

OK...Kesimpulan hari ini...Today is my hectic day! Quite bad day (according to my mistake and careless...)...Aku penat giler....sangat!

Tuesday, January 12, 2010

Kenapa ye?

Rasanya aku bakal tidak akan menulis di blog lama. Biarlah segala apa yang tercatat di situ terhenti tanpa isyarat atau tidak bernoktah. Aku tahu, kat blog tu dah ramai yang follow, dr kenalan dekat dan yang tak kenal langsung. Dan kat blog tu jugak aku tau, 2 'bekas' (aku tak suka guna perkataan ini ttp terpaksa) Golden Protector yang aku anggap sebagai abang selalu memantau dan meninjau. Dan aku tahu, sekarang ini mereka dah tak punya masa untuk buat sebarang operasi lagi. Tak punya masa atau sudah tak kisah. Aku tak tahu dan tak punya jawapan. Big Bro terus mendiamkan diri selepas bertukar gelanggang. Ah! Janji tinggal janji tetapi aku takkan menuntut apa2 darinya. Siapa aku? Bukan sapa2 untuk dirinya. Biarlah... Pokcik....Entah apa sebabnya dia terus pergi menjauh...seakan terus membuang aku dari hidupnya. Aku tak tahu apakah punca atau penyebabnya. Biarlah..aku kan bukan sapa-sapa.

Untuk bercakap soal terkilan, entahlah. Tapi aku rasa sedih bila ini yang terjadi. aku tak faham dan mereka sendiri tak pernah nak buat aku faham. Jadi rasanya sampai bila-bila aku takkan faham. Oklah...aku dah semakin meningkat dewasa. Selama ini aku banyak menjaga diri dan hati sendiri. Jadi....takpelah mereka dah tak perlu memantau aku lagi. Menjadikan aku sebagai adik. Tak perlulah menjadi pendamping aku lagi kerana kita semua sudah membawa haluan masing-masing. Biarlah. Aku bukan sapa-sapa....


Sunday, January 3, 2010

23 tahun yang lalu...

1987...aku memasuki darjah 1 di Sekolah Rendah Kebangsaan Subang Jaya 1. Disebabkan aku tak bersekolah tadika sebelum itu, maka aku teramat cuak untuk memulakan alam persekolahan. Walau pun excited sebab 1st time pakai uniform & beg sekolah, tapi aku cuak juga. Hari pertama, ayah hantar ke sekolah. Masuk saja ke kelas (1 Cempaka), mata aku tak lepas pandang ke luar. Ayah terpaksa menyorok2, jadi bertambahlah aku cuak. Mata merah jer. Nak nangis malu. Masa rehat, ayah bawak ke kantin. Bertambah aku pening, camna nak beli makanan. Hari kedua, aku pergi sekolah naik bas sekolah. Dengan Along (masa tu dia darjah 6) & Angah (darjah 4). Tapi aku tau, ayah tetap escort tapi tak menunjukkan muka. Time rehat, paling tak best. Sebab ramai gila kat kantin. Camner aku nak beli makanan? Kaunter kat kantin tu pun lebih tinggi dari aku. Terus aku pergi kelas angah. Menangis. Hahahaha.. Angah nampak jer aku menangis, terus dia keluar kelas. Belikan aku karipap & air sirap. Hahahahah....Esok2nya...aku dah takde problem lagik. Sebabnya aku dapat bestfren yang tinggi yang boleh membantu aku. Namanya Adzwanee Fatimah. So mana-mana aku pegi, mesti dengan Wanee. Lepas tu aku makin syok bersekolah. Ops nama cikgu aku, Cikgu Tan. Hahahah...Cuma setahun jer aku sekolah kat sini. Lepas tu aku pindah ke SK Subang pulak. Sejak dari tu, aku dah tak pernah jumpa Wanee..Sampailah tahun lepas aku jumpa dia balik kat Facebook! Hahaha....


Cuba teka...aku yang mana 1? Ahaks.

Saturday, January 2, 2010

Kesayangan hamba...

Kalau kehilangan kekasih, bakal ada penggantinya (waima suami atau isteri..kalau hilang boleh ada gantinya-kecuali anak-anak). Apatah lagi kalau kehilangan harta benda. Ada rezeki, insyaallah ada penggantinya. Tetapi keluarga kandung? Inilah satu-satunya. Tiada galang ganti. Berbilion duit kita sekali pun, keluarga kandung tidak ternilai harganya..tiada ganti. Aku mengaku, aku bukanlah seorang anak, adik, kakak, adik ipar & makcik yang perfect, tetapi keluarga kandung aku merupakan priority aku dalam hidup. Keutamaan aku.

Ramai kengkawan selalu ckp, aku ni selalu utamakan keja..workaholic. Truly myself....no. Aku meletakkan keja aku di tangga kedua sebenarnya..Dan aku bukan jenis yang workaholic cuma mungkin disebabkan aku jenis yang akan memberikan fokus 80% pada kerja maka aku digelarkan workaholic. Sebenarnya di luar waktu keja, aku lebih suka melepak di rumah. Lepak dengan keluarga. Yes, i'm family type. (Cuma sesekali aku melepak dengan kawan-kawan rapat aku). Dan apabila ada sesuatu perkara terjadi dalam keluarga, aku rasa aku yang paling tergugah..paling mengelabah. Walau pun aku cuba untuk bertindak sebagai 'penyelamat'( aku suka meletakkan diri aku as orang tengah), tapi hanya Allah saja yang tahu apa yang aku rasa. Biar pun aku buat selamba saja, tapi sebenarnya aku sangat mahu mengetahui semua perkara dalam keluarga. Itu aku. Cuma kadangkala sikap keras kepala dan degil aku membuatkan aku kelihatan lebih selamba, tetapi aku akan cepat bertindak bila perkara-perkara ini terjadi. Iya..betul!

Ok...Ni lah keluarga kesayangan hamba....

Bermula dengan...


Ni lah mak (Halimah Hj Othman) & ayah (Sadali Satro) ...Tanpa mereka, takkan aku ada di dunia ini.



Kak sulung aku; Along (Ismaniza) & abg long (Abdul Razak Abdullah)..masih honeymoon sampai skang.




Kakak kedua aku; Angah (Irna Wati) & Abg Ngah (Rahmat Yahaya). Aku paling sekepala ngan Angah sejak dulu, kini & selamanya..uhuks.


Adik aku yang paling gilos..nick name dia Aliensewel a.k.a EG. Tapi nama sebenarnya Izzianti. Suka tersengih. Suka buat lawak ntah apa2ntah. Sangat suka berangan! Sedang berhempas pulas untuk mendapatkan Ijazah di UniMop...ops...Unimap, Perlis.



Adik bongsu kami....Ira Syafika. Baru tingkatan 2 (untuk tahun 2010). Gelaran kat rumah Adik. Tapi aku & Angah suka panggil dia Ciput. Sebabnya masa dia kecik, memang kecik jer saiznya. Hahaha... Nama dia hasil idea aku selepas puas bertekak ngan ayah. Banyak cita-citanya. Sampai aku tak tahu apa cita-cita sebenar dia. Tapi yang best, dia selalu ckp sama yang dia sama dengan aku..katanya, dia cute cam aku. yeker? Hahaha...



Inilah ultraman! Hahaha.....Bijak, nakal, banyak kelatah, comel & memacam lagi. Anak kepada angah aku. Yang Sulung, Mohamad Hakimi (darjah 2) & yang kedua, Mohamad Helmi (baru tadika).



Emily Hidayu & Mohamad Emil Huzaimi. Juga anak2 angah. Sangat comel, nakal, sama steady dengan abang2 dorang.

Last but not least....jeng..jeng....jeng......


Tiger....Betul..nama dia TIGER. atau nama penuhnya...Mohamad Tiger seperti mana yang diberi oleh Helmi. Hahaha... Menariknya, kat badan Tiger seakan ada kalimah ALLAH. Tak percaya? Tengok kat bawah nanti.......



-The girls.-



-The cutest & notty kids-



Tengok arrr....ada kalimah ALLAH kat badan dia..

Friday, January 1, 2010

Genap 22 tahun....

Assalamualaikum...

1 Januari 2010..bermakna genap 22 tahun keluarga aku jadi warga Kg Melayu Subang. Sebelum ni kitorang menetap kat shah alam. Dapat jer tanah kat sini (ayah aku dulu orang kuat UMNO), ayah terus buat rumah... Buat sendiri tau tanpa upah sesiapa... Mak banyak tolong ayah. Hasilnya setelah hampir setahun lebih , barulah umah ni siap. Inilah teratak kami.. 


Hasil titik peluh ayah &hasil kerja tangan dia. Imbas kembali masa rumah ini masih dalam pembinaan, (alamak ada gambar2 masa making of...nanti aku cari n tempek kat sini), masa tu umur aku dalam 6 tahun. Selalu jugaklah aku mengekor ayah & emak yang masa tu memang berhempas pulas menyiapkan rumah ni. Aku just tukang menyibuk jer. Rumah ini siap secara berperingkat. Masa tu yang siap cuma ruang tengah rumah, dapur, bilik air dan 1 bilik saja. Kemudian ayah tambah sikit demi sikit. Tambah ruang tamu dan 1 bilik. (Sekarang rumah aku dah renovate...so kira lagik better than previous lah). Ayah memang tak nak buat rumah batu dengan alasan rumah papan lebih nampak tradisi dan sejuk. Kira oklah janji dapat tempat berteduh.

Masa kami pindah ke sini, takde bekalan elektrik, just guna generator. Bekalan air pun tak ada...so guna jer air perigi & air hujan yang ditakung. Rasa dalam setahun lebih jugalah sebelum mendapat bekalan elektrik & air. Sebabnya kawasan rumah aku ni dulu hanya ada beberapa rumah saja di sekelilingnya. Kurang dari 5 dan kawasan ini dulunya kebun betik (itu sebabnya ia dulu dikenali sebagai kg betik). Dengan sebelah kawasan rumah masih hutan belukar (yang sekarang sudah dibangunkan dan dikenali sebagai Subang Perdana). Kedai terdekat nak pergi sudah tentu kat area pekan subang atau pun kedai mamak yang dekat dengan sekolah agama. Selalunya kalau nak pergi kedai, aku, along & angah just kayuh basikal saja. Ambik masa 15-20 minit untuk sampai. Time tu aku dan kakak-kakak masih bersekolah. Aku dalam darjah 2, along tingkatan 1 dan angah darjah 5. 7 bulan selepas pindah, baru adik aku, EG, lahir (8 tahun kemudian, adik bongsu kami, Ira, pula lahir).

Kalau ditanya, seronok ke duduk kat Kg Melayu Subang? Seronok jugaklah. Paling utama, ini merupakan harta kami sekeluarga! Itu yang pasti. Sudah bertahun-tahun duduk menyewa, akhirnya berjaya memiliki kediaman sendiri. Alhamdulillah, syukur pada hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya. Rumah ini juga menjadi saksi perkahwinan along-angah. Dan sekarang tempat berkumpul ayah-mak-anak-menantu-cucu-kucing. Banyak sebenarnya sweet-sour-bitter moment kat rumah ini. Tapi tak perlulah nak huraikan satu persatu. Cukuplah sekadar penghuninya yang tahu. Apa pun selama 22 tahun menjadi warga Kg Melayu Subang...seronok! Itu sajalah. sebenarnya banyak benda nak citer. Tapi....takde idea plak. Ahaks. Kalau ada nanti, bleh posting lain. OK.

Somebody...

Somebody came into my dreams,




And left a thousand memories.



Somebody became mine,



And left me the waiting.



Somebody is far from me today,



But very close to my heart.



Somebody became a stranger to me,



But left me the Love of a thousand years.



Now the morning beauty is gone,



And the night of loneliness begins.



Somebody got close to me,



And my life completely changed.



Somebody left me to the bitter seasons,



And left me the memories of spring.



Somebody made promises to me,



And left me with a broken heart.



Somebody came into my dreams,



And left a thousand memories.



If you are wondering who was it?




That somebody was....