Sunday, May 16, 2010
Promo Asmaradana (Samarida) EPISODE AKHIR @ Tv3! (4/5/2010)
Weekday..Jarang giler aku tido lambat melainkan layan CSI setiap rabu....Tapi disebabkan ASMARADANA, aku sanggup tido lambat kol 11....Alasan aku layan citer ni sebab ada Tiz Zaqyah & Shaheizy Sam... Best gak ler citer ni...
Saturday, May 15, 2010
Al Fatihah untuk sahabat yang ceria...
Pagi Khamis 13/5/2010....dalam jam 8am, aku sampai kat opis... Pagi ni rasa excited sebab nak shoot cover dengan 10 artis lelaki terkenal tanah air.. Namun perasaan excited itu diragut pergi apabila mendengar perkhabaran duka...seorang sahabat yang dikenali sejak 5 tahun...seorang mantan wartawan dari majalah Dara.com..seorang wanita yang ceria, peramah, friendly dan suka gelak dan senyum.. kini dia sudah tiada di dunia fana ini. perjalanan hidupnya terhenti pada jam 3.30am... Ya...Aida Rofiza Mohd Yunos sudah tiada lagi.. Nafasnya sudah terhenti... Dia kini dalam berada di alam lain. Rasa bagaikan nak jatuh jantung ini bila mendengar perkhabaran ini. Arwah Aida...berasal dari N9, seusia dengan aku... Sepatutnya 30 Mei ini arwah genap 30 tahun. Arwah meninggal kerana fibroid...Arwah meninggal bersama kandungan berusia 3 bulan.... Tak tercapai dek diriku mengenang betapa struggle nya hidup arwah.. Kehidupannya tidak seceria dirinya.. namun dia tetap cekal menghadapi semua ini.
Al Fatihah untuk arwah. Sahabatku..semoga dirimu tenang di sana. Aku pasti akan menyusul...cuma entahkah bila masanya...
Restless...:(
Dah nak masuk 2 bulan aku handle remaja...banyak tertelan hempedu dari madu. Masih memacu ke track/route yang diinginkan sehingga terpaksa melepaskan atau mengabaikan banyak perkara. Nak buat macamana kannn...
Setiap Jumaat deadline! Gila betul...Macam buat weekly pun ada... Jumaat minggu ni deadline Grafik/PDF..Jumaat minggu depan deadline bahan.. uwaaaa...camne aku nak cuti panjang pun tak tahu. Plan nak pi singapore dengan Zeeka, Ina & Acha...tapi rasanya aku akan ketinggalan.. tension.
Hari ni...keja...Sempena Karnival Belia Kebangsaaan kat Putrajaya..Alahai..takde apa sangat pun. Buat penat badan jer.. Dah le panas... Esok plak ada Hi Tea Hari Ibu NONA kat PWTC.. Kena ler pegi nak support 'mummy' kan... Next Sunday plak ada dinner Yayasan Nur Karangkraf.. wajib pegi tu.. yelah..aku kan baru jadik editor, so kena ler take part benda-benda camni...
Penat ler..otak penat..badan penat. semuanya penat!!!
Saturday, May 8, 2010
Entahlah...
Semalam deadline bahan untuk 1 June... Aku terpaksa stay kat opis sampai kol 9pm... bayangkan aku ada kat opis dari jam 8am sampai 9pm! Adoii sangat lemau. Bertambah lemau bila mengedit bahan bebudak ni. Ada yang ok, tapi ada jugak yang hancus.. Rasa cam nak nangis pun ada mengedit story! Artikel yang sangat tidak berkualiti, setakat melepaskan batuk di tangga, asal siap...dan 'sampah'! Aku makin hilang sabar. Aku makin tak bersemangat. Aku semakin lemau! Sangat...sangat! Dengan bebanan yg...memang over loaded!
Pagi semalam dapat perkhabaran yang bekas editor aku dah hantar surat resign. Secara automatiknya, tempatnya akan kosong soon! Dia ada bagi cadangan pada management untuk aku menggantikan kekosongan yang ada. Tetapi pihak managament macam tak bersetuju. Alasan dorang, aku memang dah sesuai sangat dengan tempat skang, uwaaaaa.... aku sendiri dapat rasakan..tak sesuai langsung! Sangat sedih.. sangat sadis!
Pagi semalam dapat perkhabaran yang bekas editor aku dah hantar surat resign. Secara automatiknya, tempatnya akan kosong soon! Dia ada bagi cadangan pada management untuk aku menggantikan kekosongan yang ada. Tetapi pihak managament macam tak bersetuju. Alasan dorang, aku memang dah sesuai sangat dengan tempat skang, uwaaaaa.... aku sendiri dapat rasakan..tak sesuai langsung! Sangat sedih.. sangat sadis!
Saturday, May 1, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)

