Welcome to my blog :)

rss

Saturday, April 24, 2010

Perjuangan Tetap DiTeruskan....

Ibarat “sirih pulang ke gagang”... itulah situasi yang berlaku pada saya sejak 1 April 2010 lalu. Berita yang dikhabarkan oleh pihak pengurusan Kumpulan Karangkraf bukanlah lawak sempena April Fool, tetapi ia merupakan suatu amanah yang bersertakan tanggungjawab yang begitu berat dan ia merupakan cabaran terhebat buat diri saya. Saya pasti, kamu tidak pernah mengenali diri saya. Jadi dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan salam perkenalan.



Hampir 11 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1999, saya memulakan kerjaya pertama di sini sebaik saja selesai menduduki peperiksaan akhir di sebuah kolej swasta. Ditempatkan di majalah REMAJA yang ketika itu sangat gah di pasaran, perasaan bangga dan gembira menyelubungi diri. Bukan hanya impian untuk bergelar wartawan berjaya direalisasikan tetapi ditempatkan di majalah yang cukup glamor ini membuatkan saya terus nekad untuk berjuang dalam bidang ini. Biar pun tidak punya kelulusan dalam jurusan pengajian media mahu pun komunikasi massa, saya tidak segan silu meminta tunjuk ajar dari rakan senior. Team REMAJA terdahulu, terutamanya pada era pimpinan Kak Sharah Ibrahim yang juga saya anggap sebagai mentor dan juga Abang Richie Rachman amat banyak membantu. Dari hanya tahu menulis untuk karangan sewaktu di sekolah, saya belajar sedikit demi sedikit sehinggalah boleh menghasilkan artikel di majalah kesayangan ramai ini. Selain dari Kak Sharah, saya yang ketika itu paling muda dalam team, turut dibantu oleh Kak Anie, Kak Nurul Azwa, Kak Sarina, Kak Rafidah dan Kak Zuraini. Kemudian team REMAJA disertai Cik Li dan Farhana selepas Kak Rafidah dan Kak Zuraini meninggalkan lapangan kewartawanan ini.


Bersama team REMAJA yang dianggap solid dan fit itu, kami seumpama adik beradik dalam sebuah keluarga yang besar. Kami berkongsi satu misi iaitu berjuang demi REMAJA dan meletakkan majalah ini di tahta yang tersendiri. Syukur, misi itu membuahkan hasil. Malah kerana keutuhan hubungan itu juga, team REMAJA pernah dinobatkan sebagai ‘Team Terbaik’ di majlis makan malam Kumpulan Karangkraf pada tahun 2002.


Namun jodoh saya bersama REMAJA tidak kekal lama apabila pada Januari 2005, saya diberi tanggungjawab untuk membantu mengendalikan sebuah majalah baru berunsur komik iaitu JOM. Ketika bersama REMAJA pun, saya pernah ‘dipinjam’ selama 5 bulan oleh Majalah PC yang ingin membuat perubahan baharu. Jadi ketika terpaksa ‘meninggalkan’ REMAJA, hati saya luluh sekali. Kalah rasa putus cinta! Namun perjuangan harus di teruskan.


Jodoh bersama JOM hanya setahun setengah saja, kemudian majalah tersebut terpaksa di bekukan dan saya diserapkan pula ke majalah berkonsepkan dunia lelaki iaitu MASKULIN. Selama 5 tahun, saya ‘mendalami’ dunia lelaki, akhirnya saya kembali kepada ‘cinta pertama’ semula, REMAJA. Saya akui, perasaaan ketika nama naik untuk menerajui REMAJA amat berbelah bagi. Pertamanya, saya amat sayang untuk meninggalkan MASKULIN yang sudah sebati dalam jiwa saya. Keduanya, usia yang hampir memasuki 3 Series ini membuatkan hati saya tidak cukup bersedia untuk kembali ke REMAJA. Namun semangat kecintaan terhadap REMAJA masih ada di hati, saya sahut cabaran ini. Bersama Farhana dan team REMAJA versi terkini, saya nekad untuk meneruskan perjuangan ini. Kerna...bagi saya, selagi hayat dikandung badan, perjuangan harus diteruskan. Selagi diperlukan dan dipercayai, saya akan terus berjuang dengan penuh semangat.


Untuk pembaca tersayang, sokongan kamu semua amat diperlukan. Sokongan kamu umpama kuasa magis dan ia juga menjadi semangat buat team REMAJA untuk terus berkarya. Terima kasih INFINITI buat kamu semua. Teruskan menjadi kawan baik REMAJA selama-lamanya!

(REMAJA 1ST MAY 2010)





Saturday, April 17, 2010

Lagenda Budak Setan-dari helaian kertas ke layar perak


Lagenda Budak Setan-Trilogi novel karya Ahadiat Akasyah bermula dari Budak Setan yang diterbitkan pada 1991, kemudian beberapa sekuel bersambung sehingga membentuk Lagenda Budak Setan. Tajuk novel ni penah jadi tentangan di kalangan pencinta bahasa sebab menggunakan perkataan 'Setan', tapi nasib baik juga tidak di gam!

Cerita mengenai kisah anak remaja di sebuah sekolah asrama penuh, kenakalan Kasyah, Sapi and the gang. Pertemuan Kasyah dengan Ayu yang seterusnya membibitkan perasaan cinta (teringat Picaddilly n era roller skate!), kemudian mereka terpisah dan bertemu kembali di alam dewasa tetapi dengan cara yang berbeza.. Ayu telah dimiliki oleh Azmi, musuh ketat Kasyah di sekolah. memang giler novel ni, tapi lama kelamaan, dah makin meleret plak terutamanya selepas kemunculan katerina!


Ni cover novel yang telah di LAGENDA kan...


Tadaaaaa...ini lah koleksi Budak Setan I, II & III....1st version lagik tu..



Dan ni plak SEBAHAGIAN novel karya Ahadiat Akashah yang ada dlm simpanan....Banyak lagik sebenarnya..kat umah along kot.

Semangat yang entah ke mana...

Semakin jarang aku menjenguk ke halaman ini. Jarang disebabkan kesibukan..ya aku sangat sibuk! Tak pernah aku sibuk sebegini sepanjang karier yang telah berlangsung memasuki tahun ke-11. Sibuk dengan perancangan, pemantauan, penyeliaan, pelaksanaan...macam-macam. Semua ini perlu dilakukan untuk menstabilkan semula 'kapal besar' yang macam nak karam ini. Ya, nak karam. Hampir. Terkapai-kapai di lautan ganas, tanpa arah, tanpa tujuan, tanpa objektif kerana tiada nakhoda. Dan apabila aku terpaksa mengambil alih kapal ini....diulang...TERPAKSA....atau dalam bahasa lainnya, tanpa ada pilihan!, aku sendiri bagai hilabg arah. Semangat aku entah ke mana. Kejap ke selatan, utara, timur & barat. Tidak tertetap dalam satu koordinat yang sama. Semangat aku masib belum berpaksi pada kenyataan ini.

Sudah 2 minggu aku menjalani proses TERPAKSA ini, membuatkan masa kerja aku semakin panjang (sebab selalu balik lewat), ruang kerja aku semakin sempit dan aku sendiri....sangat sebal. Sebal dengan beberapa makhluk yang aku rasakan tidak menyenangi kehadiran aku. Mungkin selama ini mereka bebas melakukan apa saja, buat kerja asal siap, tak ada kualiti, belajar tinggi-tinggi tetatpi hasil kerja sangat mendukacitakan. Ya mereka takut dengan kehadiran aku. Sangat takut hingga ada yang mula menjauhkan diri, ada yang sudah delete aku dari FB. Karenah ada di kalangan mereka yang bersikap kurang ajar, acuh tak acuh, bodoh sombong, sentap bila ditegur... Ah! Ingat aku akan tunduk dengan permainan mereka? Ok Girls..let's us starting playing the games..Your games but with my rules! Nak tengok sangat aku jadik diktator, umpama Adolf Hitler? Dipersilakan. Aku dah bagi peluang 2 minggu. Dan kesabaran aku makin terhakis dengan karenah mereka.

Bila kesabaran aku mula terhakis, membuatkan semangat aku pun entah ke mana. Adakah aku akan terus bertahan dengan keadaan sebegini? Sanggupkah aku terus membelah ombak cabaran ini? Bersediakan aku menghadapi segala kemungkinan?  Aku sendiri tak punya jawapan. Biar masa dan takdir menentukan...

Wednesday, April 7, 2010

Bila dikembalikan ke 'CINTA PERTAMA'

Assalamualaikum...

Sebenarnya aku x punya idea pun nak mencatat dalam blog ni....tapi 2 hari lepas aku terpaksa men'delete 2 entry...Pertamanya, sasaran terbabas. keduanya..emmm...serba salah. 2 hari lepas adalah hari jiwa kacau yg teramat buat aku. sangat galau! 3 minggu lepas, aku mendapat perkhabaran bakal lead majalah Maskulin bersama pejuang2 lain.. Tapi isnin lalu, aku diumumkan utk mengepalai majalah REMAJA pula! REMAJA! gelanggang pertama aku dalam dunia kewartawanan 11 tahun yang lalu. Bersama REMAJA dari Sept 1999 hingga Jan 2005, kemudian beralih ke majalah JOM dan MASKULIN (Jun 2006-March 2010). Dan kini aku kembali ke REMAJA, ibarat kembali bercinta dengan 'CINTA PERTAMA'!

Permulaan, aku sangat down...sangat! Sepanjang hari memang aku tak tahu nak buat apa, last2 ambik half day, balik rumah tido! Tapi x bleh tido plak, kepala pening ting tong..nangisss.....(cenggeng aku ni!)

Hari kedua yakni semalam, semangat aku pulih walau pun tak sepenuhnya pd awal pagi, tetapi menginjak ke tengahari, semangat aku bertambah. Apatah lagi selepas Mentor aku dalam dunia kewartawanan, kak Sharah Ibrahim, call dan memberikan tazkirah utk memberikan aku kembali semangat dan arah tuju. Dan aku kembali bersemangat  dan mahukan semangat ini terus kekal dalam diri aku sepanjang perjuangan menggalas cabaran yg sangat berat & penuh dugaan. Bersama team REMAJA seramai 10 orang, sokongan dari diaorang juga membuatkan aku kian bersemangat. yelah, simpati juga pada REMAJA yg bersilih ganti nakhodanya selepas Cik Li meninggalkan majalah ini.

Aku sedar, bukan mudah utk memikul cabaran ini. sangat sukar. tetapi sokongan yang diberikan oleh pihak Karangkraf, boss2, kawan2 dan keluarga, menaikkan semangat aku. Ya, aku sayang REMAJA. Sayang sangat. Atas  rasa sayang itulah, aku akan berusaha utk menaikkan semula REMAJA, biar pun tahu ia agak sukar untuk ke peringkat dahulu yg begitu gah, tetapi aku akan cuba sedaya yg mungkin. Itu janji aku utk diri aku sendiri!

Sayang aku pada Maskulin, masih ada. Memang aku frust sesangat. dah buat pelbagai perancangan bersama team Maskulin, hati aku dah cukup happy. Tapi..inilah takdirnya. Kita kena sedar, bukan semua perkara yang kita mahukan, kita akan dapat. Allah SWT tahu apa yang terbaik utk kita. Perancangan Allah tidak pernah gagal & tak pernah silap. Aku percaya, ada hikmah yang tersembunyi. Dan aku juga percaya ada sesuatu yang terbaik utk aku di masa yang akan datang...

Wednesday, March 17, 2010

What do I need to know today?

There are moments in life
when sound bites just won't do.
Moments when you want to know,
really know.
And for that you need to go
beneath the headlines
and beyond the chatter.
That's where we live.
Where tireless research reveals not just facts,
but opportunities
where you're exposed to perspectives
that enable you to make the right choices
for your family,
your career,
your life.
To live everyday
informed,
prepared,
inspired.


Saturday, February 27, 2010

Saya Sayang Mak Saya! :)

27/02/2010...

Hari ni birthday insan yang paling aku sayang dalam dunia ni...sapa lagik kalau bulan emak aku... Halimah Bt.Haji Othman B. Dani. Hari ni emak genap 60 tahun. Hari ini aku sanggup spend sejumlah wang yang sangat besar untuk membelikan hadiah utk mak (dan seisi keluarga). Walau pun spend tahap itu, aku rs masih belum cukup atau pun x kan penah cukup sama dgn pengorbanan emak membesarkan anak2...emak yg penyabar & tabah. Emak yg sporting & memahami anak2. Yang terbaik memang emak!

Dan berkongsi harijadi dengan emak ialah cucu pompuan sulungnya (the one n only so far), Nur Emily Hidayu atau kakak. Hari ni kakak genap 5 tahun. Makin keletah, petah, bijak, dan....dah makin besar anak dara ni...ahahahha....so petang tadi together2 potong kek dgn nenek.. ini bukanlah sambutan harijadi besar2an. just biasa2 jelah potong2 kek, ni lah yg budak2 suka kan. dan kek yg simple jer...ready made... ok lah....AKu rs mahu aku nangis kalau tulis pepanjang pasal emak kesayangan aku. satu-satunya mak aku...tiada galang ganti....Sayang emak sangat2....

Aksi mak (ops seksi plak..ahaks) mencuba pengurut kaki Gentell ni buat pertama kali bagi perasmiannya...



Emak & Emily....Sori kakak, simple jer kek nya... mak lang x sempat nak carik kek barbie Doll lah...


Tiramisu cake...simple jer...

Wednesday, February 24, 2010

Bila yer...



BOTH IS VERSION 2010

Adeiii..bilakah boleh memiliki? Even Rav4 antara model yang ditarik balik dari pasaran kerana ada masalah pada pedal minyak, tapii..uwaa...tak kira..nak jugak! Tapi sebenarnya aku suka version 2005, nampak lebih sporty even lebih kecik...


VERSION 2005


Kalau tak dapat yang tu...dapat yang ni pun jadik ler.....



Especially ENZO or California....perghhhh!!!